29 February 2012

Menu sihat semalam punya

Semalam punya menu makanan tengahari dan malam adalah sangat menyelerakan. Sebab dah lama tak masak menu ni. Semalam tak sempat nak share.

Yess...sup ikan merah. Biasanya orang suka masak ikan merah ni masak kari especially tang kepala. Tapi aku tak lalu kalau di masak kari.

Dah lama tak masak yang bersup-sup berkuah-kuah ni. Kalau sup sayur memang dah selalu masak untuk sofea. Dah naik muak tapi sup ikan merah ni first aku masak sejak duduk rumah sendiri.

Aku bukanlah admire sup tapi dah nama ada mix chinese mesti menurun jugak selera sup tu. Aku warna warnikan dengan carrot, tomato, biar anak dara aku selera sikit nak makan.


Pastu masak sambal petai. Memula nak gu dengan udang. Tapi udang tak banyak, kena simpan bekalan nanti tak ada lauk untuk sofea. Jadinya masak sambal ikan bilis petai jelah. Yang ini pun first time masak selepas aku beranak kan hakeem.

Aku ada dengar kalau menyusu baby tak elok makan petai. Pasai apa aku not sure. Sebab bau dan akan mengubah rasa susu ker? Setakat jam ni hakeem ok jer nyusu. Tapi kalau makan petai kena faham-fahamlah selepas qodok hajat tu pastikan jirus air sebanyak-banyaknya.

Last sekali aku masak ikan rebus goreng macam semalam. Ikan ni ada balance 2 ekor lagi. Hari ini punya lagi ummpphh sebab ikan lebih sebati sebab dah berperap semalaman compare semalam punya dan perap dua tiga jam jer.

Menu sihat yang benar-benar membangkitkan selera. Mr. edy 2 kali makan malam semalam. Mr. edy ada kata resepi kebahagiaan rumahtangga salah satunya air tangan isteri.

Ececeh... makin semangat nak masak sesedap nih.

4 Comment:

Momma AA said...

wow... sedapnyer makanan... sejak pindah ofis baru ni momma asyik lapo jer.. jln jauh kut.. abis dah stok lemak momma.. hehe.. lgpun cejuk sgt.. tu asyik nak membaham jer.. ;)

IntaNBerliaN said...

sup ikan merah tu.. memang sedaplah.. mak saya sealu masak..hihii

Azi said...

mommaAA : azi teringat masa keje dulu foodcourt jauh bila balik lunch terus lapar balik...hi3 xpe momma biar lemak tu nyah terus dlm bdn momma tu..kih kih kih..

intanberlian: sedapkan...

MaryaYusof said...

Salam Azi,
Lama betul xsinggah sini... Baru baik demam lah...

Ayo! Sambal petai! Sedapnye... tp mana nak cr petai kat sini...huhuhuuu...Sedih :(

Ikan merah sup tu mmg fav saya tau :) Semua sedap2 ni...Yummeh! Meleleh air liuq...ngeeeee...