Contest

Bad story at Gulatis Silk House hari tu

Saleswomen kat gulatis silk house ni bikin aku kecut perut. Radang pun ada. Masa kitaorang tengah jengah kat bahagian tudung terjadilah episod aku terpatahkan hanger yang diorang duk sangkut shawl. Bukan sengaja tapi hanger tu berlaga dengan hanger yang lain. Dah tu pulak hanger tu halus mulus bak kristal. Sekali rentap dah patah.

Terus saleswomen tu cakap kena bayar. Aku tanya berapa. Dia jawab RM15. Dalam hati berkata sama dengan harga shawl tadi. Aku tak fikir apa-apa terus keluar. Risau nanti sofea pulak terpatahkan hanger ke apa ke kat dalam tu. Bape banyak pulak nak kena bayar.

Tak lama lepas tu my sis panggil : hey jomlah tengok, tak kena bayarlah. Dia memain, gurau je. Rupanya my sis dengan saleswomen tu berpakat nak kenakan aku 

U all betul-betul dah spoilkan mood aku. Ada aku nak beli shawl tu tadi, jawabnya terus cancel. Lain kali tolonglah jangan buat macam tu. Walaupun harga 15 hinggit je. Dari ada hati nak shopping terus hilang.

Not sure lah akan datang lagi kat situ ke tak. Kalau datang maybe setahun dua lagi kot. Aku kalau ada je perkara yang tak menyenangkan hati memang tak akan pergi dah tempat tu.

Tak pe Gulatis Shah Alam ada. Kita shopping sana pulak lain kali.

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY