04 March 2012

Cara nak psiko suami

aku : cantik jugak rambut palsu mama ni kan sofea..
sofea : macam pengemis tak sikat rambut je ma..

Amboi anak aku si sofea ni kau suruhlah buat kerja memang cukup rajin. Suruh ambik pampers adik, suruh letak baju di ampaian dalam bakul, suruh buang pampers dalam tong sampah.

Pendek kata apa yang disuruh memang semua dia buat. Kalau dah disuruh pastu tak suruh lagi mahu dia meradang. Harap-harap sampai besarlah rajinnya.

Macam biasa mr.edy sabtu dan ahad memanglah bz je memanjang. Petang ni ada job pindah rumah kat kg. baru.

Masa tengah bersiap-siap nak pergi sengaja aku pancing cakap sian anak mama ni dah terabai. Papa sibuk eh. Tak pelah nanti kita buat majlis hari jadi Hakeem bulan 4 ni besar-besaran kecil-kecilan ngan mak ngah, pak su, hakeem, mama dan papa. Biar sofea main puas-puas.

Cakap macam ni pun sebab kebetulan tengah tengok rancangan nona ada sambutan birthday dengan tema cartoon apa tah. Tak ingat. Nampak sofea really interested. Teringin jugak aku nak sambut dengan bertema-tema ni.

Pastu masa mr. edy tengah nak start enjin lori dengan spontan mr. edy cakap "jom ikut papa kerja". Hari tu sofea pernah dah ikut sekali papa dia pergi kerja. Memang succes menolongnya. Aku pun dengan sepantas kilat amik beg sekolah sofea dan buat susu sebotol sebagai bekalan.

Haa..kan aku dah berjaya psiko mr. edy. Petang ni dapatlah aku spend together gether dengan hakeem.

1 Comment:

IntaNBerliaN said...

hihii... pandai ek.. :-) bagus sofea ni.. rajin jugak ikut abah dia yer.. rajin tolong :-)