Contest

Promosi Beli Susu S-26 Progress 1.2kg dapat 1.8kg

Nak tahu tak sekarang Wyeth sedang buat promosi ke atas susu S-26 Progress 1.2kg. Beli susu S-26 Progress 1.2kg dapat percuma susu S-26 Progress 600 gram. Best kan? Memang best berbanding dengan promosi sebelum ini.

Seperti yang pernah di mention beribu-ribu kali my doter dari lahir sampai sekarang memang minum susu S-26. Keberkesanannya off course diyakini. Kalau tak, tak minum la kan.

But for sure susu ibu yang terbaik. Adiknya Hakeem alhamdulillah hingga kini masih fully breastfeed. Semoga akan terus BF hingga ke usia dua tahun. Doakan yea!.

Selepas dua tahun, insyaallah akan continue dengan susu S-26 ni macam upin ipin. Sampai tadika masih minum susu. Aku memang jenis tak suka minum susu. Tak nak anak-anak peturun ikut mama dia ni.

Back to promosi tadi, selalu kalau beli susu 1.2kg kat OTK (antara pasaraya yang jual susu S-26 yang murah) harga RM 43.29 dan 600g punya RM 22.89. Biasa aku beli yang 1.2kg. Kalau terdesak tak ada stock baru beli yang 600g. Rugi beli yang 600g. Mahal.

Tapi sekarang dengan adanya promosi terhad ini RM 43.29 dapat 1.8kg. Jatuhnya 600g hanya RM 14.43. Murah giler tu... Sape anak-anak yang minum susu ni sila pergi beli cepat-cepat.



Aku dah selamat merembat 3 kotak. Dapat free 3 kotak 600 g. Cukup untuk bekalan sebulan susu sofea. Susu step 3 ni sangat limited di pasaran. Sokmo kehabisan stock.

Sebab masa aku beli dua hari lepas pun ada satu kotak je kat rak. Nasib baik aku tanya, rupanya ada sekotak besar lagi dalam stor diorang.

Jom korang pulak cepat-cepat rembat kat pasaraya terdekat anda. While stocks last!!

Jom join contest untuk menangi hadiah bernilai RM 20,000

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY