Contest

Selera pantai timur

Makanan pantai timur bagi aku oklah. Nak kata sedap tak juga, nak kata tak sedap, sedap jugak. Cam na tu eh?

Macam ni, semalam mr. edy balik dari kerja dengan laju (slps dah baring beberapa minit :P) pergi dapur untuk makan nasi dengan lauk tomyam yang aku masak tu.

Biasa mr.edy balik keje mesti ada jenjet plastik. Mesti ada oleh-oleh yang mr. edy bawak dari opis. Goreng pisang ke, ubi ke. Hari ni non ada.

Aku pun apa lagi time mr. edy makan aku pun pergi menge'check' moto. Mana tau ada dalam bakul tapi tak berangkat. Walaupun niat utama sebenarnya nak amik kunci yang masih tersadai kat moto tu. Nanti kena curi moto LC tu baru badan muka.

Tetiba nampaklah satu bungkus plastik kat dalam bakul. Setelah diamati baru tahu LAKSAM. Padan mr. edy tak angkat. Dia tahu bini dia memang tak makan LAKSAM.

Then aku pun saje je lah cakap amboi ada makanan tak bagi tahu. Dia pun cakap amiklah bawak masuk, try-try. Aku kata tak nak. Tapi bila suami beria-ia suruh makan jadi dengan tak berseleranya amiklah jugak dalam 2 potong laksam tu.

Lepas makan aku pun cakap : "Hari tu ada sorang lelaki bawak pergi rumah terbuka kat Subang yang sediakan hidangan LAKSAM sebagai menu utama. Sebab tak nak kecikkan hati tuan rumah, kita pun makanlah makanan tu. Dah memang itu menu utamanya. Tapi bila makan memang tak boleh blah langsung. Nak tahu tak sapa orang tu? Orang tu adalah kakak ipar aku. Tapi hari  ni, 2 potong laksam tu macam tak cukup"


* Tengok jelah kedai makan kt KL ni, majoriti ownernya siapa....

5 comments:

nyanyisunyi said...

akak suka juga mkanan pantai timur ni...seperti nasi kerabu..tp kalau makanan tu terlalu manis memang tk boleh masuk lah..

Aizat Shafiq said...

Laksam....sedap tu...
Betol la orang kate...tak kenal maka tak cinta kan?..hehehe

IntaNBerliaN said...

ni jwbmnya nk kne org pntai timur sendiri yg msk.. brlah ada keaslian..hihii

MaryaYusof said...

As salam Azi,

Laksam kalau kena cara masaknye sodap! Lg2 klau org pantai timur yg memasaknye... Beli mmg jrg nak jumpa yg sedap...

Tokeh kedai tomyam kat Msia tu kebykannya org Thai... so hati2 mereka ni bkn semua Islam, lgpun ade yg dtg dgn pass sosial visit tp buat bisnes... lari topik ke? hikhikhik

Azi said...

nyanyisunyi : sy pn sama klu manis2 memang tak lalu tekak ni.

aizat shafiq : ni dah kenal macam nak lagi jer. huhuhu

intanberlian : memang tukang msak laksam ni orang klantan.

maryayusuf: betul marya, kita ingat kedai yang kita makan tu org klntn tapi rupanya org thailand. masakan diorang ni lebih kurang...

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY