09 March 2012

Tilam ber'aircond'

Rumah aku ni memang dah berupa stor. Tiap kali ada orang pindah rumah, tiap kali itulah rumah aku penuh dengan sampah sarap.

Orang malaysia kalau nak pindah rumah baru, barang pun nak yang baru. Yang lama semua nak di buang. Tak pun kasi kat driver lori. Kalau driver lori tak nak pandai-pandai lah buang.

Tapi hati-hati membuang sampah, kalau silap gaya bakal disaman dengan Jabatan Alam Sekitar. One of mr. edy friend dah kena. Pembakaran terbuka dikawasan perumahan. Nasib baik rumah aku ni kawasan kampung. Senang aku nak bakar, nak tanam, nak campak ke apa still selamat.

Jadi bolehlah korang sewa lori dengan ai tau. Eh!

Back to sampah sarap tadi, beberapa minggu lepas adalah customer yang pindah dan tak nak barang-barang so diorang mintak tolong buangkan.

Kebiasaannya sebelum buang kitaorang sort dulu. Mana tahu ada barang-barang yang elok. Tuan rumah pun kata kalau nak amiklah, kalau tak buang je.

Belek punya belek terjumpalah tilam air. Ada dua. Mr. edy kata tilam ni mahal. Iye ker? Sejauh mana kemahalannya aku tak tahu.


Bila dah basuh dan masukkan air macam nilah rupanya tilam air ni. Kalau tido kat atas rasa sejuk je. Umpama duduk dalam aircond.

Tilam air ni berat sangat. Iyelah air dalamnya kan. Sekali dah letak kat situ nak ubah memang tak dapatlah.

Sofea tiap kali aku duduk kat atas tilam ni pasti dia jerit tak kasi duduk. Bacah, bacah...(Basah)

Memula aku dapat landing rasa sedap na tido. Lelama bila dah bergolek kiri kanan aku mula pening kepala. Aku sebenarnya alahan dengan laut dan ombak.

Mungkinkah owner tilam ni tak nak sebab dia pun alahan laut macam aku?

7 Comment:

PUANSTOBERI said...

Yelah..tilam tu mmg mahal. Tp sejuk kan..mesti bes... :)

Azi said...

owh mmg mahal ye.. husband azi yang selalu landing situ.. hihihi

Anonymous said...

Ni tilam air ke? sy ade gak..tp yg queen size punye..ae die pnye pam skali utk msukkan angin..xpela..air ke angin ke janji x bocor..:)

fRaMe+LenSeS said...

Mn nk bli ye? Nk satu. Huu

fRaMe+LenSeS said...

Mn nk bli ye? Nk satu. Huu

fRaMe+LenSeS said...

Mn nk bli ye? Nk satu. Huu

fRaMe+LenSeS said...

Mn nk bli ye? Nk satu. Huu