Contest

Anggaran Kerugian


Tak adalah rugi sampai puluh-puluh ribu. Cuma dalam seribu lebih jer. Walaupun tak banyak mana tapi sakit hati/makan hati/panashati jugaklah.

Setakat ni, antara barang-barang yang dah kena curi kat luar rumah aku tu, dua biji bateri lori tiap satu harga dekat RM700, kasut bot timberland harga dekat RM800, helmet apollo 2 biji, satu tu dalam RM30 lebih kalau tak silap.

Itu nasib baik tak ada rezeki pencuri tu nak curi moto LC aku. Kalau tak memang cipta satu kejayaan besar bagi si pencuri ni. Dan kalau tak memang sejarah tercipta buat kali kedua moto aku kena curi.

Tak di nafikan ada barang yang kena curi tu memang salah aku jugaklah tak simpan bebetul. Tapi dulu rumah aku ni bebas dari kes-kes macam ni. Aku pernah tertinggal kunci kereta/moto kat luar rumah semalam. Tapi memang tak ada lah orang nak curi.

Kitaorang memang dah aim kat sorang mamat ni. Dia ni dulu pernah jadi part time worker mr. edy. Dia memang dah biasa keluar masuk kawasan rumah aku.

Pernah hari tu dia saja-saja lalu masuk kawasan rumah aku, then aku tegur boleh pulak dia buat-buat  tak tahu, tak pandang langsung ke aku. Dia ni memang dah pernah kena tangkap sebab mencuri kat rumah sebelah aku. Budak bawah umur.


Agak-agak berapa ringgit pencuri ni dapat jual semua barang-barang aku.

5 comments:

IntaNBerliaN said...

seribu lbh pun byk gak tu... adoiii.. napelah sk sgt ambik brg org ni.. xberkat pun duit tu.. adehhh

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Azi..takut gak klu ada kes2 camni.
kat kwsn perumahan k.atie ni cam xder la dgr kes pecah umah/curian camni...klu kes ragut ada lar.
Semoga jgn la ada kes2 camni kat sini..takutttt sbb k.atie selalu kat umah sorang2.:(

Marya Yusof said...

As salam Azi,

Semoga kamu bersabar...maybe bkn rezeki kamu sekeluarga, marya tumpang b'sedih... Jdkan pengajaran spy tdk terlalu mempercayai org & simpan brg2 berharga di tmpt yg selamat sb ramai manusia terdesak diluar sana...mencari ruang & peluang... Sabar ye, mungkin ade rezeki buat kamu sekeluarga tak lama lg, insya'Allah... La tahzan~

Riena Haiqal said...

MasyaAllah.. banyak juga tu yang dicuri tu.. Banyakkan bersabar.. Dugaan...

RahsiaSocialBookmarking.com said...

duit haram tu... tak selamat dunia akhirat.

p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY