21 April 2012

Gelap atau Terang | Tutup atau Pasang

Kalau memalam sebelum tido korang suka tutup lampu kat luar rumah atau biarkan terpasang. Kalau aku prefer pasanglah kan.

Pada pandangan aku, kalau pasang bolehlah nampak apa yang berlaku kat luar tu. Intai-intai dari dalam mana tahu nampak pencuri yang lalu lalang. Tapi kalau dah tido mati tak guna jugak pasang.

Tapi pada fikiran mr. edy pulak, baik di tutup aje lampu tu. Kalau bukak buat senang pencuri nak curi barang jer. Nampak segala macam apa yang ada. Kalau tutup nak jalan pun payah. Silap-silap terlanggar benda, boleh jugak kita yang di dalam terdengar.

Tengok masa aku bukak lampu, hilang jugak helmet dua bijik. Masa tutup lampu pun hilang jugak bateri dan kasut timberland tu. Cuma cubaan curi moto jer gagal.

Jadi patut aku pasang atau tutup je lampu tu tiap-tiap malam? Aku dah naik penat, naik muak dah dengan pencuri ni. Tak ada rasa bersalah langsung. Kalau boleh nak curi lagi nak curi lagi, sampai aku pokai apa.

La ni aku kalau mr. edy outstation aku memang pasang lampu kat luar tu. Takut.... Tapi kalau mr. edy ada kat rumah aku ikut je rentak mr. edy, nak tutup boleh pasang pun boleh.


* Muak dah cerita perihal si pencuri. Next update hal my doter & son pulak lah.

2 Comment:

Riena Haiqal said...

kalau ikutkan lebih baik pasang lampu.. kalau tutup memang dorang lebih gagah utk mencuri.. makin berleluasa jer pencuri kat malaysia ni..

IntaNBerliaN said...

sy kalu tido hnya bk lmpu tido je....

emmm kalu sy jd cm azi... hubby outstation... sy pun bk jugak lampu luar..hihii