03 April 2012

Mama izinkan saya keluar rumah

Hakeem kan baru setapak dua je boleh jalan. Tapi naluri kejalanan dia tu dah tak boleh ditahan-tahan. Tak mau dah nak heret-heret dada/badan.

Setiap masa banyakkannyer nak berjalan berpimpin tangan je. Matilah mama dia nak buat kerja pun payah. Kalau tak layan kehendak asyik nak nangis je.


Hari ni ku rajin bawak hakeem jalan-jalan sekitar rumah. Pakai kasut lama kakak dia jer. Memula pakai dan pijak tanah hakeem rasa janggal. Lama-lama bila biasa sampai tejerit-jerit nak kejar kakak dia. Bila letih selamba jer dia duduk di tengah jalan.



Tapi aksi tu xdapat nak snap sebab aku yang pegang hakeem jalan camna nak tangkap gambar lak. Tak sabar nak tunggu hakeem boleh jalan. Senang sikit kitaorang nak outing.

*usia sofea macam ni dah berlari satu GIANT dah

4 Comment:

Momma AA said...

bestnyer.. x lama lg pandai la jalan tu..

IntaNBerliaN said...

tak lama lg makin terorlah jln..hihii.. dulu kan, ms alisha blm pandai jln sy rasa xsabar nk tunggu alisha jln.. ni bila alisha dh pandai jln.. tgk pulak budk2 kecik yg baru nak pandai meniarap.. tiba2 rindu pulak saat2 alisha kecik2 time xpandai jln dulu..hihii

Riena Haiqal said...

anak saya pun baru nak belajar melangkah.. tak sbar juga rasanya nak tengok dia jalan.. :)

Azi said...

mommaAA: rayyan pun dah tak lama jugak tu.

intanberlian: xpe nanti tunggu yang second ni insyaallah boleh rasa lagi pengalaman tu.

riena haiqal: memang tak sabar kan, baby tu klu ckp mesti dia pn nk cepat2 jln.