Contest

Aktiviti luar selepas dapat kaki

Hari tu aku ada mention nak bagitau apa aktiviti Hakeem lepas dah boleh berjalan kan.

Aku rasa memang dah lama dah Hakeem aim dalam kepala dia tu nak pergi sendiri semua tempat yang biasa aku dukung dia.

Antara tempat yang Hakeem akan jalan terkedek-kedek lepas aku sarungkan kasut ke kaki dia adalah tempat paip air, ampaian baju, pokok bunga dan tempat aktiviti berbudi pada tanah aku tu.

Budak kecik memang otak diorang cepat betul menangkap sesuatu benda. 

Jom layan gambar hakeem kat tempat aktiviti berbudi pada tanah aku tu. Gambar-gambar kat tempat-tempat lain susah nak tangkap sebab kawasan lain bahaya sikit perlu pengawasan yang lebih.


Hakeem nak ke kawasan tanaman. Nak siram pokok.


Memang dah lama dah Hakeem nak merasa pegang gayung ni.


Bila letih selamba jer duduk. Hai kotorlah baju tu.

Pandang slack ke aku lah tu sebab aku nak amik gayung dia.

*Alhamdulillah lepas tiga hari Hakeem dapat kaki, hari ni Hakeem dah boleh bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa..

5 comments:

IntaNBerliaN said...

dah dpt kaki.. makin aktiflah hakeem pasni.. hihii

Momma AA said...
This comment has been removed by the author.
Momma AA said...

alhamdulillah.. pasni leh main kejar2 dgn kak sofea ek.. :)
ayan sgt lasak skrg.. mamanjat jer kejenyer.. pastu main kejar2 n cak2 dgn eca.. hehe..

Riena Haiqal said...

Alhamdulillah... aktif nya dia jenjalan nak siram pokok bunga yer.. hikhikhikhik... :) suka tengok Hakeem comel sangat.. :)

Azi said...

intan berlian : itulah...mmg aktif

mommaAA : hakeem pn sma, bebudak... ayan dah leh jln ker?

riena haiqal : tq

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY