Apa Pekerjaan Saya

Ada yang bertanya kat aku apa kerja aku sampai aku dapat nak cuti panjang-panjang jaga anak tu.



Terima kasihlah atas keprihatian IB yang telah membaca entry aku. Gembira sesangat tau bila ada orang nak tahu pasal kita tapi dalam masa yang sama aku malu jugak nak beritahu apakah pekerjaan sebenar aku.


Tapi disebabkan dah ada yang bertanya, aku ok jer nak bagitau. Fyi, aku bukanlah ada company sendiri yang boleh sesuka hati nak kerja nak cuti nak berhenti.


Actually aku dah pernah mention dah banyak kali dalam entry yang lepas-lepas serba sedikit pasal kerja aku.


Pekerjaan aku ni adalah pekerjaan yang mampu milik. Semua orang kat dunia ni boleh jadi seperti aku. Malah rasanya berpuluh-puluh ribu orang dah menyandang jawatan seperti aku sekarang.


Buat pengetahuan u all semua aku hanya seorang KERANI. Tapi kalau nak sedap sebutan bunyi nama jawatan aku tu PEMBANTU AKAUNTAN. (anda sedang berdepan dengan seseorang yang arif pasal akaun) kih kih kih


Dan aku kerja di Bahagian Kewangan, Kem. Dalam Negeri, Putrajaya. Sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 8 tahun. Ha amik sekali siap bagitau detail tempat kerja lagi. hi3








Berkenaan kenapa aku boleh cuti lelama tu memang semua penjawat awam @ government servant @ kakitangan kerajaan layak mendapat kemudahan cuti menjaga anak selama 5 tahun. Bukan sebab aku ada keistimewaan tertentu. :-P


Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kemudahan tersebut korang boleh baca Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 14 Tahun 2007. Kalau korang bukan kakitangan kerajaan, better tak payah baca buat pening kepala jer.


Diharap semua persoalan dah terungkai dan semuanya jelas. Sekian.........

2 comments:

Riena Haiqal said...

owh macam tu rupanya... best nya dapat keja gov ni... saya dh berjuta2 kali dah mohon kat spa8 tapi belum gak dpat2.. belum ada rezeki kot..
eh, macam tak percaya nama saya ada kat situ.. hikhikhikh.. :)

IntaNBerliaN said...

ooo org gomen la ni... hihii

oo yeke.. baru sy tau yg org gomen ni blh mintak smpai 5 thn.. :-)

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY