16 May 2012

Between Sofea and Hakeem

Saja je nak buat perbandingan mereka berdua ni. Kalau nak dibandingkan di antara sofea dan hakeem memang lain benar perangainya. Nama pun lelaki dan perempuan kan?. Tapi dalam pada susah senang menjaga diorang ni aku ada perasan ada satu kelainan diantara masing-masing .  

Kalau diikutkan sofea paling senang sekali nak jaga. Dari lahir sampai usia nak dua tahun, kalau dia dah start tido malam memang dia tak akan bangun-bangun dah. 


Bangun cuma sebab nak minum susu. Kiranya pukul 7 malam tido pukul 7 pagi baru bangun. Kalau aku nak buat apa-apa time tu memang senanglah. Mungkin sofea pun memahami time tu aku duduk berjauhan dengan mr. edy.


Tapi Hakeem pulak kalau nama kata tak pukul 12 malam jangan harap nak tido. Kadang-kadang pukul 1 atau 2 pagi baru nak pejam mata.




hakeem tak menyusu susu botol. Time ni dia tengok sofea menyusu dia pun nak jugak.



Walau pun payah tang tido tapi hakeem ada kelebihan dari segi yang lain. Hakeem ni, once dia tahu kita bawak dia naik kereta jalan-jalan memang dia tak akan berak dalam kereta.


Hakeem hanya akan berak bila balik rumah atau sampai tempat yang kita nak menginap. Jadi tak ada lah payah-payah kita nak berenti cuci berak kat shell ke petronas ke surau ke.


Masa memula bawak hakeem balik kampung memang ada terdetik dalam hati : eh 8 jam dia tak berak. Padahal memang hakeem ni boleh di katakan tiap-tiap hari berak. 


Ingatkan time tu cuma kebetulan. Bila dah lama-lama baru perasan kalau kita bawak pergi pasaraya, shopping mall atau ke mana sahaja, bila dah balik rumah baru dia melepaskan hajat.


Orang kata kalau kita payah nak berak kat tempat yang kita pergi tu maknanya kita tak serasi dengan tempat tu. Rasanya macam betul jer........

3 Comment:

IntaNBerliaN said...

wah.. bagus hakeem ni... xsusah nak bhenti kan..

Riena Haiqal said...

wah bagusnya Hakeem ni..
sofea perangai dia sama macam Haiqal bab2 tidur ni.. senang jer nak jaga.. :)

Azi said...

intanberlian: itulah, dia nk senangkn mama dia...

riena haiqal : hakeem klu tido mlm mmg lmbt...