21 May 2012

Kasut lama dan baru sofea


Buruk sangat kan kasut kat atas tu. Dah tu kotor pulak tu. Kasut kotor ni lah yang sofea duk pakai ke hulur ke hilir.

Walaupun dah basuh berkali-kali pun memang dah tak boleh nampak cantik dah. Bahagian tapak pun dah haus. Kalau sofea lari atau jalan laju sikit confirm akan jatuh. Lebih-lebih lagi kat tempat yang licin.




Yang ni pulak kasut sepupu sofea yang datang nak tengok bola piala FA. Pun dah kotor. Budak-budak....

Kasut ni kitaorang yang belikan sebab kasut sepupu sofea dah putus. Lepas beli kasut ni sofea asyik duk try try pakai. 

Fyi, sepupu sofea ni lelaki. Tapi ntahlah taste dia macam perempuan pulak. Tetap dia nak colour purple pink ni.



ha... yang ni kasut baru sofea. Beli kat kedai yang sama, tapi pattern lain. 

Mesti korang rasa aku kedekut tak nak beli awal-awal sama waktu dengan beli kasut sepupu sofea walaupun dah tahu hazabnya kasut sofea tu.

Aku nak beli sangat tapi mr. edy mintak tunggu sampai sepupu sofea balik baru nak beli. Mr. edy takut nanti diorang berebut antara satu sama lain. 

Memang pun... Walaupun masing-masing dah ada kasut sendiri, la ni sekejap sekejap sepupu sofea try kasut sofea then sekejap sekejap sofea pulak try kasut sepupu dia.

Cantik tak ?

6 Comment:

Riena Haiqal said...

comel la Sofea.. hikhikhik. dah ada kasut baru yer. angry bird hehehehe..
budak2 memang kasut dia cepat jer kotor walaupun kita baru belikan... :) tengok jer anak2 buah saya.. sama gak dengan Haiqal..

Aku-Enot said...

Sama ar....Kasut akak lak warna hijau. menjadi perhatian sebab terang sangat...

nita said...

sama cam si aishah kasut dia sekejap jer bersih pastu kotor balik.
eh, sofea tak suka warna pink ker, tapi kasut baru tu warna dia cantik jugak.

IntaNBerliaN said...

alisha pun kasut lbh kurg gini gak... bkn pe, rsnya mcm sennag bila dorg pakai.. nk jln pun senang..hihii

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ..cantik kasut sofea..biru2 gitu.Biasa la budak2..silap2 kang bergaduh kasut ngan sepupunya sbb kaler lain2..:D

Azi said...

riena haiqal : diorang makin kuat main kan..pntang bukak pintu mulala nak main batu, pasir.. adoi...

aku-enot: k.ros warna hijau pn ada kat kedai tu tp besar xpdn ngan sofea..

nita: bukan xsuka, azi yang pilih warna gelap2, klu kotor xdelah nampak sangat.

intanberlian: haah senang je sarung..

azatie sayang: k.tie memang suka warna biru kan...