06 June 2012

Pertanyaan mengenai business lori

Aku ada dapat satu email dari somebody yang tak di kenali. Malas aku nak print screen untuk tunjuk kat korang. Tapi ayatnya berbunyi lebih kurang ginilah. Dia tanya tentang proses dan prosedur untuk mulakan business lori ni. Dia kata dia ada terjumpa blog lori aku tu.


Aku tak tahulah nak explain apa pasal business lori. Yang aku hanya boleh katakan beli je lah lori. Lagi pun orang yang bertanya ni bagitau dia dah dapat projek untuk run business ni.


Kalau tak tahu nak beli lori macam mana, kriteria apa yang melayakkan untuk korang beli lori pergi je ke kedai jual lori. Kat situ dia akan explain jelas sejelasnya.


Dalam dunia transport ni mana boleh dedahkan macam-macam. Semuanya P&C. Persaingannya tinggi tau. Lagi pun aku tak kenal siapa yang hantar email tu. Buatnya pesaing mr. edy (macam business lebat sangat....) hihihi. Dan email tu masuk kat spam bukan inbox. Buat ai confius sahaja.


Yang pastinya u all, apabila kita dah run sesuatu busines baru kita akan tahu segalanya. Belajar daripada pengalaman. Memang perancangan dan angan-angan kita mulanya nampak indah sekali tapi cabaran yang menanti hanya akan kita ketahui apabila busines dah jalan.


Even aku amik course business transport pun tak boleh nak duga semua yang berlaku. Cabarannya sangat hebat dan hampir buat aku dan mr. edy tersungkur pada awalnya.


Macam yang aku lalui selepas jual my novel and prelove item. Sebelum ni aku nampak syoknya orang yang berniaga online ni. Mesti masyuk. Customer ramai. Tapi rupanya banyak cabaran yang terpaksa dilalui untuk berjaya.


**Nanti aku story pasal cabaran business online aku tu yea...

1 Comment:

IntaNBerliaN said...

sy lg xtau psl dunia bisnes pngangkutn lori ni.. hihii