10 June 2012

Shopping at Hush Puppies Warehouse Sales



Dah lepas pun hush puppies warehouse sales ni. Lambat sikit nak story sebab sibuk balik kampung. 

Aku pergi ke hush puppies warehouse sales ni pun sehari sebelum balik ke kampung. Menumpang kereta adik aku. Kebetulan bini dia nak pergi lagi. Kalau tak melepas lah nak pergi. Nak harapkan mr. edy as usual bz memanjang. Kalau tak bz, tido...

Hush puppies warehouse sales tahun ni jer dah banyak kali buat. Tapi yang betul-betul jualan gudang punya adalah yang kat Puchong ni. Every year memang ada warehouse sales kat puchong ni. Aku kenal hush puppies warehouse sale since tahun 2010. Masuk ni dah tahun ke-3 aku berkunjung disini. 

Compare ketiga-tiga tahun, tahun 2010 paling the best. Dress RM6 pun boleh dapat. La ni sehelai baju paling murah RM10. Tapi coz brand hush puppies aku rasa oklah harga tu. Baju baby yang di jual kat sini semuanya untuk 1 years above.

Masa aku pergi hari tu hari kerja so orang tak ramai mana. Selesa nak shopping tapi tak dapat nak tunjukkan kat korang suasana kat sana sebab aku pergi dengan Hakeem. Sebelah tangan mengendong hakeem, sebelah tangan lagi menjalar cari baju. Sofea aku tinggalkan dengan mr. edy. Lambat sangat bangun... :P

Ruang jualan tiap tahun pun stereotaip. Ada dua bahagian. Bahagian atas more to baju-baju. Bahagian bawah pulak banyak luggage dan kasut. Bagi yang ada anak kecik tu tok sahlah bawak stroller. Memang tak ada jalan nak tolak. Silap-silap kena kendung anak ngan stroller sekali.

Ramai yang komen tak worth it pergi this warehouse sales, tapi bagi aku habis jugak dalam seratus dua. hihihi... Aku jarang shopping jadi sekali sekala shopping habis banyak tu untuk baju sofea, hakeem dan aku memang berbaloi lah kan. 

Apa-apa warehouse sales pun, kena pandai pilih dengan jayanya. Kalau tak kena memanglah akan rasa mahal/kerugian. Next entry aku letak pic baju and harga untuk penilaian u all.


*Masih menanti Anakku warehouse sales yang di Kg Jawa tu, memang dah tak ada lagi gamaknya.

2 Comment:

IntaNBerliaN said...

syoknya.. blh dpt murah2 kan.. :-)

Riena Haiqal said...

murah ker? tak sabar nak tunggu next entry.. :)