20 July 2012

Balik kampung ke tengok bola?

Esok puasa. Mesti ramai yang bercadang nak balik kampung untuk berpuasa dan berbuka bersama keluarga tercinta. Aku jugak tak terkecuali...

Aku sambut puasa di KL jer. Tak pasti bila akan balik kampung. Maybe nak hujung-hujung Ramadhan balik terus sekali time raya atau akan balik pertengahan bulan puasa semuanya bergantung pada keadaan kerja mr. edy.

But tonite ada perlawanan bola sepak Kelantan FA menentang QPR kat stadium Melawati. Siapa yang pergi tengok mesti tak sembahyang terawih ni.. hihihi..

Korang jangan ingat aku ni peminat bola sepak. Tak ada maknanya, aku baru search kat internet sebentar tadi. Hehe...

Sebab teringat mr. edy ada kata dia nak pi tengok Kelantan main bola sepak kat stadium Shah Alam. Jadi aku pun searchlah apakah perlawanan itu. :-). Masa mr. edy cerita aku buat tak reti sahaja... Geram sebab mesti kena tinggal 3 4 jam..

Dengar kata abang mr. edy dan sepupu sepapat kaum kerabat mr. edy nak turun KL untuk tengok perlawanan bola sepak ini. Kita yang duk KL nak balik kampung. Depa yang duk kampung nak turun KL pulak.

Tapi disebabkan mr. edy hari ni ada job kat Kuantan, sah sah malam baru balik jadi nampaknya terkuburlah hasrat mr. edy and his family nak tengok bola.

Mr. edy terpaksa menipu kat abang dia kata tiket bola dah habis. Padahal pergi kaunter pun tak. Tambah mr. edy, kita ni nak gembira satu hari tengok bola atau nak menangis sebab tak balik kampung raya nanti. Iyelah keje mr edy kan base on 'on call job'

Jadi melepaslah diorang nak tengok bola kat KL malam ni. (dalam hati aku menarik nafas kelegaan.)


*aku tak berapa gemar dengan semangat patriotik orang Kelantan. *Salam Ramadhan semua....

3 Comment:

Eca Dwinky Asha said...

malam ne sah ramai xgi terawih tgk main bola..ke terawihkt padang je?.hehehe

Azi said...

yang tak tengok bola pn ada gak yang x gi terawih...kuikuikui

IntaNBerliaN said...

a'aa kan, penyokong kelantan fanatik kan..