26 July 2012

Siapa yang harus dipersalahkan? Celcom? HP?

Short entri for today. Actually hati ni tengah geram sebab bila topup telefon jer duit habis licin jadi zero tak dan berapa minit. Sebelum-sebelum ni pernah jugak jadi tapi taklah seteruk semalam.

Semalam topup lima ringgit, telefon dua orang tak sampai 5 minit kemudian nak sms orang dah tak boleh. Dapat msg from celcom kata kredit tak mencukupi.

Kemudian aku buat kredit advance RM2. Sms 5 pengguna celcom dengan setiap sms bernilai 1 sen then check balance dalam hp tinggal 4 sen. Sebab tak puas hati aku pergi topup lima ringgit lagi. Bila tido malam pagi ni check balance tinggal RM 0.00.

Geramnye hati. Pagi ni terus telefon celcom service centre yang no 1111 tu. Bila check celcom kata aku guna internet. Aduh masa bila pulak aku bukak internet. Tak kan masa tido pun boleh bukak.

Walhal kalau aku guna maxis broadband dalam hp aku tu, kalau kita tak sentuh tepon automatik dia disconnetkan. Ini bila aku offkan telefon pun kredit still reduce jugak. Apa hal ni celcom....??

Pagi ni topup lagi still same. Hilang kredit ntah kemana. Tepon aku yang bermasalah ke? Atau celcom yang ada masalah?? Macam nak tukar no. phone atau paling tepat tukar ke rangkaian yang lain dari celcom jer rasanya.

Ada sesiapa pernah jadi macam ni tak? Any advise.....


* lappy yang rosak dah siap baiki tp bila guna macam hareemmmm........ bikin hati makin panas.
*Macam panjang je entri ni. ha3

1 Comment:

IntaNBerliaN said...

pernah terjadi kat saya dulu... adehhh