27 August 2012

Accident semasa pulang berhari raya

Ok mood mengupdate blog dah ada. Cerita basi sebelum hari raya punya ni....

Tahun ni aku kena beraya di Kelantan (kampung mr. edy). Okeh tiap-tiap tahun pun memang aku diwajibkan beraya di kelantan. Kalau raya kampung aku, kenalah beraya di KL. KL apa ada. Mau menangis mr. edy aku rasa (",)

Kitaorang bertolak balik kampung hari Jumaat tengahari, dua hari sebelum raya. Jalan kat highway karak ok, lancar. 

Tapi bila dah masuk jalan kampung area Felda Kechau tu jem giler. Sebabnya ada kereta accident tayar empat empat dah keatas. Dua jam jugaklah sangkut kat Felda Kechau. Kereta boleh gerak guna gear 1 & 2 jer. 

Dalam pada kereta jalan lembab macam kura-kura tu pun, kereta aku boleh kena tabrak kat bahagian belakang.

Ini bukan kereta aku.
Ini kereta yang langgar belakang kereta aku.
Plet johor tak semestinya orang johor ye dak?


Dalam kereta ni ada tiga orang anak muda dan seorang pakcik. Pakcik yang kat bucu gambar tulah pemandunya. Dia mengantuk aku rasa.

Maybe anak-anak muda tiga orang tu semua tak ada lesen nak bawak kereta. Kesian kau pakcik kena drive. Tapi lagi kesian kereta aku... huhuhu


Haa... ini kereta aku.
Gambaran bahagian belakang kereta yang kena langgar. 
Tak teruk mana. Tapi hati tetap tak keruan.


Bumper sudah rebeh. 

Renggang kanan kiri. 


Hari tu aku dapat duit raya RM300. Ntah cukup ke tak buat baiki kereta ni...

3 comments:

Momma AA said...

alhamdulillah semua selamat dan x de yg tercedera kan... x per.. pasti ada rezeki lain tu azi..

Cho Zila said...

syukur selamatkan.. tapi memang menakutkan...

IntaNBerliaN said...

nasib baik tak teruk... alhamdulillah jugak anak2 n azi n hubby xda pe2..

 
Copyright by Aziazidah