10 August 2012

Waktu ideal bersahur

Dah nak penghujung Ramadhan baru nak story pasal sahur. Saja ...... nak mengimbau zaman bersahur bujang dengan zaman sesudah kawin.

Masa zaman kecik-kecik bersahur mak yang kejut. Pukul 5 pagi mula lah mak panjat tangga (rumah kitaorang rumah kayu dua tinggat (",) kejutkan anak-anak dia bersahur. Kalau bangun pukul 5.15 pagi dah kira lewat tu. Mula lah mak tak tentu arah dua tiga kali turun naik panjat tangga.

Masa zaman kat asmara dulu ada bunyi siren seawal kul 4.30 pagi. Suruh kitaorang ready-ready gosok gigi, basuh muka ke dining. Sharp pukul lima sarung jubah turun dewan makan. Nak tahu menu wajib kat asrama aku apa? Ikan cencaru jaket kulit goreng (malas nak siang ler tu...)

Pas kawin masih still lagi amalkan bersahur pada pukul 5 pagi sebab masih tinggal dengan my family. Tapi since dah masuk anak dua, tinggal rumah sendiri, dengan tak ada orang nak kejutkan sahur, amalan bangun sahur pukul 5 pagi dah tak practical langsung bagi aku.

Mana taknya anak-anak aku semua mata buntang-buntang, tido paling awal pun kul 1 pagi. . Mr. edy pun kengkadang ada balik kerja kul 2/3 pagi. Pastu nak bangun pulak pukul 5 pagi. Owh sorilah sangat tak larat.

Jadi sekarang sebelum tido aku siap-siap makan minum dulu baru tido dengan aman. Tak perlu bangun dah pastu.


*Tak dapat pahala bersahur banyak sikit pun jadilah.
*Waktu yang ideal adalah dekat-dekat imsak. Kul 5 sedang molekla tu....

1 Comment:

izz iizza said...

iza kunci jam kul 4..tapi bangun kul 4.3..kejut anak kul 5.30..:)