26 September 2012

Jom Check Barang Mainan Anak-Anak.

Korang suka tak beli mainan untuk anak-anak?. Aku kalau nak beli mesti nak beli yang boleh guna lama-lama. Kalau boleh, yang boleh pakai sampai tiga empat generasi.  (Cakap macam senang-senang je nak mengandung yee....)


Semalam kat rumah diadakan proses pengemasan barang-barang mainan. Semua barang mainan berjaya disatukan ditempat yang sepatutnya. Mana barang yang dah pecah-pecah tu selamat dah dibuang. Tak de istilah sayang-sayang. Campak terus dalam tong sampah. Sebelum ni apa barang pun nak simpan. 

Kemaskan? Untuk ketika proses pengemasan sahaja, pastu bersepah balik sana sini.

Fyi, anak aku baru dua orang tapi semua barang nampaknya banyak yang dah jahanam. Macam tak dan nak guna untuk anak ketiga je ni.

Okeh jom check satu-satu barang yang dah hampir jahanam itu. 


Yang ini basikal yang dikhaskan untuk kegunaan dalam rumah sahaja.
Beli masa sofea 1 tahun plus plus. Beli kat Tesco. RM 129.00.
Masa beli jenuh nak angkat basikal ni ke Price Checker.
Harga diorang tak tampal. Tak ada orang nak serve pulak masa tu.


Masih boleh guna. Cuma screw tempat sandar dah tercabut dan hilang.




Kuda ni beli time My Dear Warehouse Sales. RM 60.00.  Normal Price RM 89.00. 
Masa rayau-rayau kat dalam warehouse terus sofea berkenan dan tak nak lepaskan kuda ni.
Jawabnya WAJIB beli... Sangat berguna. Budak umur setahun lebih sikit dah boleh main. 
Tolak dengan kaki sahaja compare basikal atas tu penat mak pak nak tolak. 
Laju pun laju.
Sesuai tuk ibu jenis 'M' dan bz.. hehehe..


Tempat duduk dah pecah tapi masih boleh digunakan. 
As long as anak tak mengadu kena kepit kita suruh je diorang lenjan sampai patah riuk. 



Basikal untuk kegunaan di luar rumah. Beli di OTK. RM 96.00. 


Tapak pengayuh dah pecah. Anak-anak aku memang ganas macam maknya jugak. (",)


Agak-agak selama mana lah barang-barang ni dapat bertahan. Kalau mainan kecik-kecik tu tak yah cakap. Sehari dua beli dah rosak. Yang besar macam bouncer dan walker lama dah masuk store. Dah hancur.

Mana taknya, barang budak umur setahun yang mainnya budak umur tiga tahun. Kalau ada rezeki anak ketiga memang kena beli baru.

But i'm puas hati. Barang-barang ni semua digunakan sebaik mungkin oleh dua beradik ni. Jadi tak ada istilah rugi membeli...

Anak korang punya mainan macam mana?

4 comments:

Riena Haiqal said...

sebijik macam haiqal. barang2 mainan dia semua muat satu bakul besar.. dan ada lagi bakinya kat bakul lagi satu.. banyak sangat.. papa dia la tu rajin belikan..kereta2. sampai jer kat rumah esuknya dah jahanam dikerjakannya. motorsikal dia yang leh jalan tu muziknya dah takleh bunyi dah.. memang ganas betul jugala anak saya.. baru sorang belum masuk dua lagi ni.. mainan dah berlambak..

nita said...

hehehe... samalah saya kalau nak beli mainan anak biar mainan tu boleh digunakan untuk anak2 yang lain (kalo ada rezeki)
saya baru jer kemas mainan anak2 ada sikit barang yang pecah dah dibuang yang lain macam nak buang tapi anak2 tak kasi..
buat masa ni masih dlm mood M so barangan cam teddy bear tu, belum dicuci lagi...

Momma AA said...

azi.. momma pun dlm perancangan utk kemas brg2 mainan bdk2 ni.. cuma masa x mengizinkan lg.. phew.. mmg byk yg dah rosak n bahaya kalo digunakan..
basikal utk kegunaan luar rumah tu azi leh gi kedai basikal n tukar paddlenyer.. momma baru jer service basikal eca 2 minggu lepas.. sama kes jer.. mmg anak2 kita ganas.. huhu..

IntaNBerliaN said...

saya ni alhamdulillah ok lagilah.. maybe sbb alisha je je baru kot, nanti dah ramai adik beradik 2 x 5 je agaknya.. hihi

 
Copyright by Aziazidah