20 September 2012

Kad Raya : From Sabah With Love

Raya dah habis dah, baru nak update pasal kad raya.

Tahun ni aku cuma dapat dua je kad raya. kih kih kih... Ramai member dah tak ingat kat aku kot sebab lama sangat bercuti tanpa gaji. Tahun lepas aku dapat satu kad raya, tahun ni bertambah satu lagi. Kira oklah what....


Cantik kan kad raya ni. Siap ada gambar sendiri. Home made... I suka i suka. Kreatif betul Blogger ECA ni. 

Kad ni aku nak simpan leklok. Sayang... cantik pulak tu. Eca print guna kertas jenis kertas print gambar tu.. Apa nama kertas tu ye?


Blogger sekarang memang kena ada name card yea... 

Aku ingat businessman/women, travel agent je yang ada name card. Blogger ECA pun ada business edit blog kira boleh terimalah dia guna name card tu kan.. (",)


Kad raya ke dua pulak datang daripada orang Sabah jugak. Kad kedua ni lain sikit. Sebab company yang hantar. Daripada Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad kalau tak silap. Tak silap sebab kadnya dah hilang.


Memang tak menarik perhatian masa dapat kad raya ni. Tu yang letak merata-rata. Marah pun ada. Tak tahu macam mana diorang dapat nama dan address aku. Tahun lepas satu kad raya yang aku dapat pun dari koperasi ni jugak lah... hihihi...

4 Comment:

Crew Fathi said...

wah... comei2...! ^_^

IntaNBerliaN said...

eca ada bisnes blhlah namecard.. sy yg xda pe2 ni, xdalah nak ber name card.. hihi

Eca Dwinky Asha said...

sesaja buat name card tu :)

Riena Haiqal said...

saya pun ada dapat satu dari Eca.. memang cantik dan sayang jer nak letak merata2.. siap letak kat dalam album tu.. kenangan mana boleh buang.. (^_^)