14 September 2012

Ubat Kutu Yang Paling Berkesan

Masa sofea first time dapat kutu dulu aku tak pakai apa-apa ubat kutu pun. Just potong pendek rambut then masa sofea menyusu, time tu sofea menyusu badan lagi. Jadi tangan aku pun laju mencari telur kutu. Tak sampai seminggu kutu pun dah hilang.

Lain pulak kali ni, rambut sofea dah lebat. Nak cari telur kutu pun payah. Pastu sofea dah pandai bagi alasan. Bila kita nak cari telur kutu mulala dia bagi alasan nak tengok tvlah, nak tidolah, tak sihatlah. Pandai betul anak dara aku sorang ni.

Jadi nak tak nak  kenalah beli ubat kutu. Aku beli jenama A Lices/Anti Kutu. Trademark sikit punya baik ko. "Menghapuskan kutu rambut dan telur kutu".


Masa beli tu aku suruh cashier tu yang pi cari. Siap beli sekali dua botol terus. Satu botol harga RM 17.80. Terkejut aku masa nak membayau. Itulah padah tak tanya awal-awal.

Sebenarnya sebelum ni kalau nak beli apa-apa ubat semua mr. edy yang beli. Coz mr. edy outstation, aku yang tak sabar terus pi beli sendiri. Yelah kutu kan... sapa boleh bersabar. Dulu seingat aku mr. edy kata dia beli RM 3.90 sebotol. Confirm aku kena tipu ngan mr. edy. Tak kan lah semurah itu.

Dah la bila guna ubat kutu ni rasa macam tak berapa berkesan. Masa baca description ada tertulis cadangan penggunaan kali kedua adalah selepas seminggu daripada penggunaan kali pertama. Habis kalau kali pertama kutu tak mampus, sure seminggu tu dah banyak kutu yang beranak pinak.

Bila search kat internet pun ramai yang kata jenama ni tak berkesan. Dah beli baru search. huhuhu..

Ada sesiapa yang tahu jenama ubat kutu yang mujarab? Dimana nak dapatkannya yea? Dan yang penting murah...


*ingat nak pakai minyak tanah jer.

4 Comment:

Riena Haiqal said...

kitorang dulu masa kecik2 seingat saya la kan, mak saya spray guna shelltox.. (betul ke tu ejaan dia).. alah racun serangga yang femes tu.. hehehehehe.. mula2 balut kepala termasuk rambut2 kita dengan tuala kering dan yang penting tuala tu warna putih atau tak gelap la kan. lepas tu spray rambut kita dengan shelltox tu dan balut kembali dengan tuala kemas2.. biarkan la dalam masa 10 minit.. gerenti lepas tgk kat tuala tu dah banyak dah kutu mati..berkesan sangat2..

Azi said...

riena boleh cuba ni. thank d info

IntaNBerliaN said...

sy pun xtau plak nak guna pe yg mujarab..

Anonymous said...

Sye pernah buat masa kecik2 dulu..tak tahan asyik gatal kepala...last2 dapat idea spray sheltox...memang berkesan.....sekor2 kutu jatuh...lepas dari hari tu..dah x ada kutu di kepala sye...rambut pun ok..x de effect apa2 pun...bagi sye tu cara yg amat berkesan....