Birthday Girl Story


Ini kek birthday girl semalam. Beli kat mydin. Dah terlangsung ke mydin ternampak kek angry bird ni terus beli. Sofea pun suka nak kan kek ni.


Selalunya kalau nak beli kek kitaorang beli kat king confectionery jer. Tak ada tempah tempah pun. Main terjah jer. Sedap pun sedap. Time beli kek angry bird ni tak terfikir pun pasal sedap ke tak sedap. Dah anak suka terus beli. Then hasilnya memang kurang sedap.


Kek ni kosong tak bertulis apa pun. Ada ke mr. edy sayang nak tulis-tulis atas kek ni. Dah macam bukan kek hari jadi. Udahlah pisau kek pun non ado. Terpaksa guna pisau potong sayur. Kek tu dah kemik sikit sebab pas beli, kitaorang pergi macam-macam tempat sampai nak lunyai kek dibuatnya.


Beli kek siang. Malam baru upacara pemotongan. Gigih aku pakaikan skirt ke sofea memalam. Siang semua orang kerja. Luckily hari tu mr. edy tak de job. Bolehlah pi beli kek bagai.


Tengok jug air kemain banyak. Kesian rumah aku tak ada tong air besar. huhuhuhu....


Malam tu tak ada party. Kitaorang memang kalau birthday anak je, tak de planning apa-apa. Just beli kek dan buat makan-makan untuk diri sendiri. hehehe...Tak ada nak bertangguh-tangguh beli kek. Hari tu birthday, hari tu jugak beli kek. Padahal patut aku combine birthday sofea dan mr. edy (21 Okt) nanti.


Malam tu just buat makan-makan antara aku, mr. edy, anak-anak, makngah maksu sofea dan selebihnya geng-geng 'K' mr. edy. (K stand for Kelantan). Huru hara dibuatnya rumah aku dengan loghat kelantan kawan-kawan mr. edy.


Gambar pun tak de sangat. Hakeem masa acara kemuncak boleh pulak dia tido. Then bila bangun meragam semacam. Dalam pukul 12 lebih baru kengkawan mr. edy bersurai.


*later tunjuk pic hadiah.

1 comment:

IntaNBerliaN said...

cpmelnya kek angry bird.. Happy belated bzday sofea.. mesti meriah dgn kwn2 hubby azi.. :-)

*tenet saya skrg ni dh hbs limit + asyik putus2 je, so, sgt2 susah utk bw... tu yg dh lama xjenguk sini..

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY