02 October 2012

Blog Azi Azidah dalam Apa Kata Wanita TV1

nampak nampak....

Ya, jangan terkejut, my blog dalam Program Apa Kata Wanita (AKW) Bersama Zamzarina edisi 30 September 2012. Alhamdulillah, akhirnya terpilih jugak selepas melihat ramai blogger lain dah terpilih.

Tak kisahlah kan, walaupun aku yang mengoffer blog sendiri ke pihak AKW... hehheehe.. tp kalau diorang rasa tak berminat mesti diorang tak akan select punya. Sebab diorang minat ler tu....

Kalau sesiapa yang nak blog korang masuk dalam rancangan AKW ni just email je ke kat cik Sakinah ni (email : sqina@yahoo.com). Straight to the point je korang nak blog korang di paparkan dalam program AKW. 

Jangan malu nak promote blog sendiri, sebab kalau kita tak promote orang tak tahu. Janji korang blogger perempuan sebab AKW adalah program yang dikhaskan untuk kaum wanita sahaja. Hari tu aku email ayat lintang pukang tapi diorang punya promo sikit punya best kau. Siap baca entry aku yang lama-lama. 

Macam biasa, kalau dah masuk tv mesti nak capture moment-moment indah itu. Hari tu aku dah siap stand by dengan dua bijik handphone. Satu untuk tangkap gambar. Satu untuk buat video.

Jom tengok gambar yang berjaya dicapture. Tak banyak sebab bila dah tangkap nak tunggu kamera ready balik kemain lambat. Banyak yang terlepas capture.


Memang banyak keluar gambar anak-anak. Ni gambar masa pi gambang. Masa ni aku pregnantkan hakeem.



Gambar barang mainan anak yang dah rosak pun diorang tayang jugak kat TV.


Mereka kata blog aku ni tak lokek berkongsi tips. 
Padahal tips adalah satu dua. :p
Aku tulis mana yang aku tahu je. 
Yang ni gambar masa aku taip tips untuk dapatkan anak pintar dan cantik. 


Gambar anak-anak lagi time balik raya hari tu.


Gambar-gambar aku berphotoshot pun ada. Tapi itulah banyak yang tak dapat nak capture. Tak pe gambar tu tak hilang mana, semua ada dalam blog ni ha...

Yang patut disimpan dan dibanggakan adalah video ucapan segmen tu. Memang awesome kalau korang dengar. 

Tang video aku buat guna handphone kakak aku. Bila abis je segmen Blog Pilihan terus tak dengar dah AKW. hihihi... Sibuk nak tengok recording video tadi.

Tapi bila cari-cari dalam handphone tak dak. Rupanya tak record. Tala je kat screen Tv tadi. Handphone canggih itu yang payah. Frust frust....

Ingat nak tengok ulang tayang hari jumaat 5 Oktober 2012 pukul 1 petang. Nak rakam sekali lagi. Tapi tak sure ada ke tak segmen tu di keudarakan sebab AKW ulangan setengah jam je kalau tak silap. Kalau tak kena tunggu diorang upload kat my klik. Nanti dah upload aku publish kat korang. 



*Ada ke yang tengok ahad hari tu? Tak sempat nak promosi besar-besaran sebab dapat email hari jumaat then macam ye ke tak ni....

4 comments:

IntaNBerliaN said...

saya nak tgk tp sampai ms terlupa pulak.. adehhh

Riena Haiqal said...

tahniah la sebab dapat masuk tv.. glemer jap.. (^_^)

Marya Yusof said...

As salam Azi,

Wah, terpilih juga ye! Tahniah! Marya mmg tak dpt nak tgk... interview dgn TV3 aritu pun harapkan ehsan org... apa2 pun mmg bangga kan kalau blog kita masuk TV... Rasa berbaloi kan... tak semua dpt peluang gini betul tak? :)

QasehnyaRania said...

5hb.. hari ni la kan..nak tengok la..;)
insyaAllah..kadang2 bila sampai saat tu boleh pulak terlupa..huhu

 
Copyright by Aziazidah