23 October 2012

Cara sofea nak buang air besar

Sebenarnya sampai hari ini sofea masih lagi bergantung dengan pampers. Belum free pampers sepenuhnya. Sofea ni bergantung dengan pampers pada waktu malam dan waktu jenjalan sahaja.


Salah mama sofea ni  tak ajar cepat-cepat. Jadi sampai sekarang masih liat nak berenggang daripada pampers. Bila kita tak nak pakaikan pampers dia boleh pergi amik sendiri mintak kita pakaikan. Kalau dia nak pakai tapi kita tak bagi mulalah sofea menangis dan mengamuk sakan.


Sekarang bila dah melepasi usia tiga tahun baru aku rasa aduh lambatnya sofea boleh berdikari sendiri ke tandas. Kalau sofea tinggal kat nurseri aku rasa confirm dah lama dah sofea ni tak perlu pakai pampers. Belajar dari persekitaran lebih cepat berbanding mengajar dan belajar sendiri. Sebab tu kena pandai memilih kawan supaya tak terpengaruh dengan gejala negatif. (ehh! melalut ni....)


Straight to the point, sekarang waktu siang aku dah tekadkan dalam hati tak akan pakaikan sofea pampers kecuali kalau keluar jenjalan. Malam je baru sofea boleh pakai pampers.


Setakat kencing memang sofea dah tahu nak kencing sendiri. Cuma kengkadang ada jugak yang dia terkucil. Mungkin sebab sofea dah biasa dengan pampers jadi dia lupa bila dia tak berpampers. Tu yang terkencing dalam seluar. Kalau sofea tak pakai seluar (bogel) laju je dia bagitau bila terasa nak kenncing.


Disebabkan siang hari sofea dah tak berpampers, bila time nak buang air besar ada sedikit masalah. Memula tak berpampers, adalah sofea terlepas buang air besar dalam seluar. Lately, sofea dah boleh rasa kot bila dia nak buang air besar. Cuma masalahnya dia tak nak buang air besar dalam tandas. Dia nak buang dalam pampers dia jugak.


Jadinya bila sofea berasa nak buang air besar, sofea akan datang dekat aku sambil bawak pampers. Memang sofea paksa aku pakai. Kalau aku tak nak pakai, suruh dia buang air besar kat tandas mulalah dia mengamuk. Nak tak nak kena pakaikan juga. Dan seperti yang diduga tak lama lepas tu sofea datang semula bagitau dia dah selamat buang air besar. (^__^)


Bukan sahaja bila sofea nak buang air besar dia nak pakai pampers, bila dia nak pergi jalan atau time tido kita tak pakaikan pampers, sofea akan amik pampers suruh kita pakaikan. Sofea macam tau tau je dia tak nak orang lain susah kalau dia terkucil ke terberak ke time tak berpampers. Pandai kamu sofea...


Keadaan ini sedikit sebanyak, secara langsung atau tidak mengganggu ruang kotak fikiran aku. Adakah aku perlu biarkan sofea berdikari dengan sendirinya atau aku patut bertindak sesuatu. Contohnya beli potty train dan train sofea segigih-gigihnya. Atau biar  semuanya berjalan dengan sendiri. Seiring dengan peningkatan usia sofea mungkin akan pandai sendiri.


Tapi aku bila teringat kes sedara aku yang anak dia dah lima tahun pun masih pakai pampers, aku jadi takut. Bila pergi sekolah boleh je free pampers. Tapi bila duk rumah kena pulak pakai pamper. Wajibkah aku beli potty train? Zaman dedulu mak pak kita tak bagi pun kita pakai benda tu kan...


* Next cerita macam mana hakeem bagitahu dia buang air besar pulak.

4 comments:

QasehnyaRania said...

insyaAllah..pelan2..
nanti sofea boleh..jgn risau yer ;)

Momma AA said...

semoga berjaya azi.. momma start ajar eca gunakn potty since 2 tahun 4 bulan.. sejak ajar dia terus off pampers.. even tido mlm pun x pakai dah..
namun ianya bergantung pada anak2 kita jugak.. sofea belum bersedia nak pee or poo dlm toilet..
cam azi ckp td.. azi leh try pakai potty dulu.. mungkin berada dlm toilet x menyenangkn dia..
gudluck fren!!! smoga misi berjaya.. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

xper kak slow ajar lama2 nanti dia biasa la..mmg mencabar sikit nk ajar dorang ni kan :)

IntaNBerliaN said...

mcm saya belikan alisha tempat duduk yg nak letak atas tandas duduk tu.. kiranya kalu dia berak pun, tahik terus jatuh dlm tandas... hihii..

alhamdulillah alisha jenis senang nak ajar n sk plak dia duk atas tandas tu.. sampai ke pakai pampers pun dia suh bukak sbb nak guna tndas... hihi

xpa.. insyaAllah nanti sofea oklah tu.. :-)

 
Copyright by Aziazidah