02 October 2012

Kena update entry lama-lama?

Sebelum ni aku ada dua tiga kali canang nak jual novel-novel dan barangan koleksi peribadi dalam blog ni kan. Adalah dalam tiga empat bulan lepas. Lama dah cerita tu... Novel pun dah habis, cuma tinggal satu je yang tak laku. Cepat-cepat sape nak beli novel yang satu lagi ni?


Tak sangka pulak sampai sekarang masih ada yang bertanya pasal novel-novel tu. Pastu tanya cara nak pos barang. Yang bertanya pasal hal wanita pun ada gak. Mungkin penangan masuk TV, terglamorlah sekejap (ceh perasan :-p). Rasa macam nak bukak forum sendiri je. kih kih kih


Kalau sebelum ni apa yang aku taip habis macam tu jelah. Iyelah entri kisah sendiri. Bukan retis pun. Tak adalah kata nak buat entri susulan ke, update entri ke kan. Kalau rakan blogger bertanya barulah buat sambungan cerita.


Macam kes pertanyaan dari orang luar, bukan blogger. Pulak tu tak tinggal jejak, email ke apa benda. Cuma suruh reply as soon as possible. Tapi kita ni bukannya dua puluh empat jam mengadap komputer.


Macam mana agaknya cara yang sesuai nak bagitau pada readers yang bukan blogger tentang pertanyaan diorang tu. Buat entri baru ke atau jawab je kat ruangan komen dengan harapan diorang datang balik lihat page kita.


Entri pun macam pokok bunga rupanya. Kena siram dan dibajai setiap masa ye??



* sedang dalam proses mengorek entri yang perlu di update... 
Nasib dashboard baru ni mudah nak cari entri-entri lama.

6 Comment:

Eca Dwinky Asha said...

novel apa kak yg xlaku lagi tu?./hehehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Azi..kena cari balik cerita2 yg lama2 tu.K.atie pon byk gak novel ni...ingat nk jual gak la:)

IntaNBerliaN said...

normally kalu yg xtggal emel tanya, saya akn balas balik dk komen entry tu.. kalu buat entry baru, takut dia xtau pulak..

IntaNBerliaN said...

normally kalu yg xtggal emel tanya, saya akn balas balik dk komen entry tu.. kalu buat entry baru, takut dia xtau pulak..

Riena Haiqal said...

jom buka forum sendiri.. hahahahah..

BuDaK cOmOt said...

hmMm...kita susah betol nak dapat email notification...camaner plak tu...? ahaks!~