19 October 2012

Saya terharu sesangat

Sabtu lepas aku dapat satu msg daripada seorang customer. Bukan customer yang beli beg jeans tapi customer yang beli baju terpakai daripada blogshop aku tu. Dulu aku pernah war-war pasal nak jual novel terpakai dan baju terpakai kan...

Dalam msg tu tertulis begini..

askum azi, kak dyg ni.xde item terkini ke? kak jd bosan dgn carian kt blog lain, x tau knp smpi skrg blog azi je keutamaan kak wpn hnya membaca story yg ada.trs trg kak ckp, beli brg blog lain jd satu penyesln.mgkin indh pic dr item hehehe.. hope azi blh bnykkn item selain bju k. kak sokong 200% :-)
-copy 100% dari msg yang aku dapat-

Waa... serius aku terkejut baca msg tu. Last-last rasa sangat terharu. Mana taknya blogshop aku tu umpama hidup segan mati tak mahu. Tapi rupanya masih mendapat tempat dihati sesetengah orang (kak dayang je kot) hehehe... Blog pun dah lebih dua bulan lebih tak berupdate.

Bukan tak nak update tapi sebab bz sikit lately plus malas nak mengemas lemari cari bebaju yang mana boleh dijual. Pastu rasa malas nak update sebab ingatkan tak ada yang minat sangat nak beli. Bila dah orang msg macam ni aku jadi semangat balik nak aktifkan penjualan. (^__^)

Khas buat kak dayang dan yang menanti-nanti (kalau ada yang menanti) item terkini, tungga naa cek kemas lemari sehari dua ni then baru cek publish item-item baru ok?

And pada yang berminat membeli barangan terpakai mailah jengok-jengok Antiqueshopp aku kat link INI ye...  

4 comments:

PinkUmmi said...

seronok kan bile ada org yg mempercayai kita?

Momma AA said...

wow.. bestnyer azi.. kalo momma pun terharu jugak... hehe

Eca Dwinky Asha said...

eca pun tertunggu3 kalau ada novel baru..eh,makcik eca tnya klu ada novel adam&hawa lgi.hehehe

Eca Dwinky Asha said...

eca klik2 digi tu ye..mari klik2 dg eca.hehehe

 
Copyright by Aziazidah