21 October 2012

Sofea belajar lipat baju

Khamis baru ni entah apa mimpi sofea bangun awal-awal pagi. 7.30am. Selalu kalau tak pukul 10am memang tak bangun lagi budak ni. 

Mungkin mimpi papa dia yang asyik sibuk kerja kot sampai nak sembang dengan anak bini pun payah. Pagi tu sofea bangun awal sebab nak mengiringi papa dia pergi kerja.

Lepas mr. edy pergi kerja macam biasa sofea sambung minum susu botol (",). Manakala aku lipat baju. Baru suku hisap susu sofea mula bersuara nak ipat nak ipat. Memula aku tak faham apa yang sofea maksudnya. Last-last bila sofea amik baju dalam bakul tu baru aku faham dia sibuk nak tolong mama dia lipat baju.


Posing sebab mama nak amik gambar.

Dah budak ni beria benar nak belajar jadi aku pun ajar dan layankan jer lah kerenah dia pagi tu. Lagi pun time tu hakeem tak bangun tido lagi.

Banyak yang aku ajar cara lipat seluar berbanding lipat baju. Lipat baju banyak step. Nak kena lipat tangan bagai.



Time ni sofea tengah lipat sarung bantal. Lipat sendiri. Not bad....

Lepas lipat dalam tujuh lapan helai, sofea pun angkat baju-baju yang dia lipat untuk masuk dalam almari.


Ini drawer sofea.
Yang belah kiri tu sofea lipat dengan aku. Yang belah kanan tu sofea lipat sendiri. Memang tak ok langsung. hihihi...


Yang ini drawer hakeem.
Belah kiri kemas semacam tu aku yang lipat. Belah kanan sofea lipat dengan aku. Masa lipat tu pandai pulak sofea asingkan baju dia dengan hakeem. Tapi last-last ada jugak yang bercampur antara baju dia dan hakeem.


*Sampai hari ini aku tak lipat balik baju dalam almari yang sofea lipat walaupun lipatan tu banyak cacat celanya. Bukan malas tapi aku sayang sangat dengan hasil lipatan sofea.

3 Comment:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

comel...rajin anak dara sorang ni lipat kain :-)

Momma AA said...

wahhh... dah leh harap dah sofea ni.. good gurl.. :)

PinkUmmi said...

rajinnya anak dara sorang nih lipat baju ye