03 October 2012

Tentang Aizara Nur Sofea

Entri hari ni adalah entri mengenang masa silam.

Masa tahun 2010 sebelum pregnantkan hakeem memang aku duduk berdua je dengan sofea. Mr. edy time tu keje kat Kelantan. Selain pergi kerja, masa aku selebihnya memang untuk sofea.

Sofea memang anak yang baik. Masa kecik memang tak banyak ragam. Amik dari nursery, bagi mandi, bagi makan, pukul tujuh malam terus tido sampai ke pagi. 

Paling lewat sofea akan bangun pukul lapan, biasanya pukul tujuh dah bangun. Macam tahu-tahu je aku kena uruskan dia sensorang. Tapi la ni memang banyak ragam. Sampai tak terlarat dibuatnya. (",)




Kadang-kadang kesian tengok sofea main sengsorang.
Sekarang pun walaupun ada hakeem sofea asyik mintak nak pergi sekolah.
Sofea ni jenis friendly.


 Sofea bersiap nak pergi jalan. 
Masa kecik redha je apa aku bagi pakai.
Sekarang dah pandai memilih baju yang mana dia nak.


Masa kecik sofea suka makan nasi goreng. 
La ni nasi goreng dah tak pandang.
Pandang lauk je. Nasi tak mo makan. 
Lauk pun ayam goreng je yang dia ngap.



Aku suka sofea kemas macam ni. 
Tapi susah sangat nak dapat ikat rambut sofea. 
Sofea bila aku ikat rambut sokmo kata sakit sakit...



Tudung mak (my mil). 
Sofea baru berjinak-jinak mengenali tudung.



Sofea yang semakin gemuk dengan kuda kesayangannya.



Wajah seorang kakak.

Sofea ni kuat jeles dengan hakeem. 
Mana taknya hakeem dah amik separuh kasih sayang aku daripada dia. 



Me and sofea. 
Empat hari sebelum melahirkan hakeem. 
Kami bersiap-siap ke Pureen warehouse sales. Gigih buat persiapan akhir. 


Rindu moment-moment between me and sofea. 
Lagi seminggu sofea akan genap 3 tahun. 
Sofea birthday 10.10.2009.

7 Comment:

Riena Haiqal said...

nak wish awal2 la utk Sofea.. Happy birthday kaka Sofea.. semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa beriman kepada Allah dan taat kepada ibu dan ayah.. serta menjadi anak yang berguna.. jadi kakak yang baik utk Hakeem juga tau.. (^_^) sayang Sofea.. comel sangat..

nita said...

saya suka entry ni.. buat saya rasa rindu jugak moment bersama Asyraf before Aishah lahir..

sama jer perangai Sofea ngan Aisyah tak suka diikat rambut, takmo makan nasi suka ayam goreng dan sekarang suka pilih sendiri pakaian dia..

Comel betul sofea ni..lagi seminggu 3 tahun umur dia tapi nampak matang dari umurlah si sofea ni. Sofea ni mesti bijak orangnya kan ^_^

Eca Dwinky Asha said...

Happy belated bday sofea syg...moga jadi anak yg baik ;)

1st child mmg agk manja kan kak?..lain perhatian kena bgi kat dia.

Aku-Enot said...

Semakin membesar, semakin bijak dan semakin comel sofea ni...:-)

eza miza said...

hepy besday in advance for sofe.. Semoga sofea membesar menjadi insan yg solehah dan membanggakan ibu dan ayah... Aminnn

IntaNBerliaN said...

dah xlama dh nk sambut bzday... comelnya sofea.. sk gak tgk dia cantik.. :-)

seronok kan kenang balik cite ank ms kecik2.. :-)

Sop said...

comelnya sofea
boleh buat calon menantu nih.. hehehe