30 November 2012

Milik siapakah sepasang kaki ini?

Siapa punya kaki yang sedang memakai selipar hitam bunga pink bersagat di depan.
*Anak-anak aku kalau beli selipar baru memang tak dan beberapa hari confirm habis jahanam...










Sofea?
Aduhai bukan sekali ni je hakeem pakai kasut kakak dia tapi dah berkali-kali. 
Aku duk perati je time dia nak pakai selipar, kalau ada pilihan antara kasut dia dengan kakak dia mesti dia pilih kasut kakak dia. 

28 November 2012

Teruja nak pergi


First Priority 
Metrojaya Warehouse Sale
From 28 Nov 2012 (Wed) - 2 Dec 2012 (Sun)
Stadium Malawati, Shah Alam


Second Priority
SINGER Warehouse Clearance Sale
From 1 Dec 2012 (Sat) - 2 Dec 2012 (Sun)
Bangunan SINGER HQ, Lot 6, Jalan 51/217, Section 51, Petaling Jaya, Selangor.


Third Priority

F.O.S Warehouse Sale
From 28 Nov 2012 (Wed) - 2 Dec 2012 (Sun)
18, Jalan Pelukis U1/46, Seksyen U1, Temasya Industrial Park, Shah Alam. 


Kesian mr. edy. Penat-penat kerja isteri asyik duk perabih duit jer. Tak pe... tunggu naa tahun depan cek keje cek dah ada income sendiri cek cuma minta duit dapur je k. (>.<)

Keganasan ada dimana-mana

haipp... rasa nak babab je tangan sofea.
No wonderlah dua ekor kucing yang lepak kat rumah aku mati .
Ni mangsa yang ke tiga apa...
Kat mana agaknya sofea belajar dera haiwan ni...

27 November 2012

Ubat Gigi Colgate Total Percuma

Nak tanyalah uolls guna ubat gigi apa yer? Dulu aku guna ubat gigi colgate. Tapi pas ada isu boikot memboikot Israel terus aku bertukar jenama. One of product yang kita kena boikot a dalah ubat gigi colgate. Bukan McD je tau....

Now aku pakai ubat gigi jenama MUKMIN. Memula masa tukar ubat gigi, lidah aku rasa payau. Dah terbiasa dengan ubat gigi Colgate sejak dari kecik. Suka sangat dengan ubat gigi colgate ni. Patah hati bila orang suruh boikot.

Since dah dekat dua tiga tahun aku tukar ke jenama MUKMIN, aku pasrah je pakai ubat gigi Mukmin. But now aku rasa nak beralih angin ke brand COLGATE semula lepas dapat tahu colgate nak bagi sample colgate total 20gram free. Teringin pulak mulut ni nak rasa... Dasar suka barang-barang free... kihkihkih..
Korang nak tak sample colgate total 20gram percuma?
Kalau nak boleh clik iklan colgate yang ada kat blog ni. Bila nampak je iklan cam gini korang terus klik lelaju k...


Jom 'Experience 12 Hour Protection For Yourself.  hehehe... Tak sabar nak dapat sample percuma nih. 20gram tu besar mana? Mesti cenonet.... 

Cabaran sofea free pampers

Alhamdulillah dah genap sebulan sofea tak pakai pampers. Dah tak payah remind suruh kencing berak. Sofea dah pandai pergi bilik air sendiri. Time nak cuci je dia panggil aku.

Act. bukan mudah nak bagi anak bebas pampers. Ada jugak challenge yang aku kena lalui.

Pertama, waktu memalam sampai sekarang aku masih kena kejutkan sofea untuk kencing. Kalau tak alamat bila time sejuk time hujan confirm terkencing dalam seluar. Bila dah kencing bukan sofea reti nak bangun. Tidolah dengan seluar basah-basah tu sampai aku buat spotcheck.

Last week nampaknya dah ada peningkatan, lepas terkencing malam tu, terus sofea gelabah bagitau dia dah terkencing dalam seluar. Tak sure aku, memang dia dah tersedar atau dia memang betul-betul berasa nak kencing. Yang ni takpe, aku rasa lelama nanti pandailah sofea bangun malam sendiri.

Challenge yang kedua ni je aku masih lagi berusaha mencari penyelesaian. Bab buang air besar. Sebulan tak pakai pampers, sebulan jugaklah sofea buang air besar atas lantai bilik air. Taknak nyer dia buang air besar dalam toilet. Maybe sebab toilet tinggi, jadi sofea takut. Aku pun tak ler bebelikan lagi potty train tu. Macam tak ada feel pulak nak beli... hehhee...

Disebabkan sofea buang air besar atas lantai, bila keluar jenjalan memang sangat-sangat problem tau. Tak boleh keluar rumah lama-lama. Nasib baik aku memang jenis home sweet home. Jarang keluar.

Pernah hari tu kitaorang keluar jenjalan, sofea kata nak kencing. Padahal aku baru je suruh sofea kencing kat Petronas. Aku dah mula risau. Mesti sofea nak berak ni. Nak balik jauh lagi rumah. Nak pergi tandas petronas nanti susah pulak nak cuci. Sebab kalau kata sofea berak kat lantai bilik air rumah aku memang dia berak betul-betul kat tepi pintu. Aku suruh membuang dekat-dekat lubang air, dia tak nak. Kalau dekat-dekat lubang tu senanglah nak jirus kan...

Last-last mr. edy suruh je sofea buang air besar kat tepi longkang. Tapi sofea pun reti jugak rasa malu, tak selesa... Tak mahu nyer dia melepaskan hajat kat tempat terbuka. Siap menangis lagi bila mr. edy suruh jugak buang air besar kat tepi jalan. Sian sofea... Nasib baik ada lagi saki baki pampers sofea yang aku letak dalam beg jalan dia. Terus aku pakaikan je sofea pampers. Akhirnya selamat sofea qada' hajat dalam pampers.

Aduhai macam mana agaknya nak kasi sofea ni buang air besar dalam tandas? Dah la sekarang asyik mintak nak pergi sekolah. Any idea...

26 November 2012

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi

Hakeem memang suka dengan lori. Asal nampak lori mula gelabah sebut : Yi, Yi... Dengar bunyi lori sampai sangggup berenti menyusu. hehehe...Mentang-mentanglah papa dia keje bawak lori.
Kat rumah memang ada satu lori sampah mainan yang dah tercabut tayar dan tong sampahnya hilang entah kemana menjadi permainan kegemaran hakeem. Taksub sangat main sampai habis rosak segala.

Biasanya kalau aku tengah masak, lori nilah jadi teman setia hakeem. Memula-mula dia tolak-tolak lori sampah mainan dia tu ke hulur kehilir. Kemudian dia bangun dan masuk dalam bilik jahit. Nak tahu apa dia nak buat kat dalam bilik jahit tu?


Ha.. Tu dia gi amik kain perca jeans yang aku buat beg. Then dia akan cuci lori tu. 

Sebijik ikut gaya mr. edy mencuci/membaiki lori.

Bila nampak aku mula panggil aku ... Ma.. ma.... cak cak (Mama, rosak rosak)
Taulah lately lori papa asyik meragam .

*nanti mama beli lori mainan yang baru ye hakeem...

Sofa dan Almari Pakaian Terpakai

Rezeki lagi. Kali ni mr. edy bawak balik sofa, almari baju, kitchen table and TV cabinet. Tapi aku cuma ambik sofa dan almari baju. Yang lain-lain bagi kat kengkawan bujang mr. edy.
Ini kali kedua aku dapat sofa daripada customer. Jadi total sofa kat rumah dah ada tiga set termasuk yang aku beli. 
Aku memang gila mengumpul sofa sekarang. Gila nak tunjukkan kemewahan diri.. hahahha...
Sape yang bagi aku sofa memang aku akan guna sebaik mungkin. Letak kat ruang dapur, dalam bilik, kat laman depan rumah, ruang tamu off course... 
Sampai mak mertua nak pun aku tak kasi.. ngeh ngeh ngeh, dasar menantu hantu kesayangan...

Inilah sofa nya. Quiet ok cuma dah tenggelam sikit isi.  Nampak tak kat bahagian yang aku letak patung-patung tu. Kat situla tak balance kerataannya. Then ada bulatan kecik macam kena api rokok. 
Biasalah barang terpakai. Nak lawa-lawa beli sendirila kan... Aku letak kat ruang tamu bagi sofea baring sambil tengok tv. 
*pssstt jangan tengok dinding yang huduh tu (^_^)


Set satu lagi aku letak kat dalam bilik jahit. Buat anak-anak baring sementara aku menjahit. 

 Cantik jugak almari baju ni kan. Cuma pintunya dah tercabut satu skrew but still boleh tutup slow-slow. Biasa almari aku tak suka nak amik tapi sebab almari ni lebih kecik berbanding dengan almari yang biasa aku dapat sebelum-sebelum ni so aku decide nak letak kat dalam bilik jahitan. Nak buat letak pinggan mangkuk yang jarang guna dan kain-kain jahit aku tu. 


Dah siap kemas pun semalam. Suka....

22 November 2012

Pemberian Mak Mertua


Hehehe... Biasanya orang dapat baju, kain pasang, kain batik, tudung, kerongsang kan. Yang ni mak mertua bagi pokok cili api. Sebab projek tanam menanam ni pun antara aktiviti yang aku aim nak buat masa cuti tanpa gaji. Kira mak mertua support minat menantu kesayangan dia. 

Hasilnya tengok meriah u cili api tu. Panjang-panjang lagi... Thanks MEK (mil tak baca pun blog i ni )

19 November 2012

Projek Tangan Keras Saya





Cantik tak? Cantik tak?
Sila cakap cantik cepat..

Selamat tinggal pampers

Sekarang sofea dah masuk usia 3 tahun 1 bulan. Dah besar sesangat. Dah patut tak yah pakai pampers kan.

Actually dah tiga minggu aku ajar sofea tak pakai pampers. Sebabkan sofea dah besar, aku kena ajar sofea dengan pantas so tak payah buat banyak step.

Cukup sekadar minggu pertama aku ajar sofea tak pakai pampers waktu siang. Masuk minggu kedua terus aku dah start tak pakaikan sofea pampers waktu siang dan jugak malam.

Masa minggu pertama praktik tu biasalah ON OFF. Kadang-kadang waktu siang pun sofea kencing dalam bilik air dan kadang-kadang dalam seluar. Terkucil skit-skit tu biasa. Aku kena banyak bertanya dan peringatkan sofea dalam minggu pertama tu. Tapi bila masuk minggu kedua nampaknya dah ok. Tak yah tanya sangat pun, sofea dah pandai bukak seluar sendiri, pi bilik air sendiri dan cuci sendiri. Minggu ketiga much better.

Waktu malam pulak, sebelum tido apa-apa pun aku suruh sofea kencing dulu. Alhamdulillah sofea ngikut kata dan malam hari pertama dan kedua sampai ke pagi sofea tak kencing dalam seluar walau pun aku tak kejutkan sofea kencing waktu malam. Tahan pulak sofea tak kencing bila tak pakai pampers. Tapi bila masuk hari ke tiga amik ko sampai 3 helai seluar kena tukar. Sofea terkucil ntah bila ntah. Sedar-sedar dah basah. Almaklum sekarang musim hujan dan aku pulak sokmo tak terbangun nak ajak sofea ke tandas.

Solutionnya, lepas tu waktu malam aku akan kejutkan sofea untuk kencing.  Act aku kena dukung sofea ke bilik air, kalau kejut pun sofea liat nak bangun. Sofea tido biasanya dalam pukul 12 malam. Dalam pukul tiga pagi dan enam pagi aku akan ajak sofea ke bilik air untuk kencing. So sekarang ni waktu malam dah oklah tak kencing dalam seluar kecuali aku tak terjaga untuk kejut sofea kencing. Memang dia kencing dalam seluarlah. hihihi...

Agaknya sampai bila haa aku kena kejutkan sofea kencing tiap-tiap malam sampai sofea reti bangun sendiri?

Bab buang air besar pulak masa minggu pertama aku masih layankan sofea buang air besar dalam pampers macam pernah aku ceritakan sebelum ni kat SINI. Dalam pada tu, ada jugak la dua tiga kali sofea terberak dalam seluar. Tapi tak teruk mana pun aku kena cuci sebab bila dah terberak sikit cepat-cepat sofea jerit bagitau dan aku angkat bawak pi bilik air.

Bila pampers dah habis automatik aku tak layan dah permintaan sofea nak berak dalam pampers. Aku jugak bertegas dengan mr. edy supaya jangan belikan pampers sofea. Ikut mr. edy nak je beli pampers, senang....  Bukan apa kalau pampers ada confirm semua training aku akan jadi sia-sia. Sifat M senang menepek dalam diri ni...

Nak tak nak sofea kena jugak buang air besar dalam tandas. Tapi bukan senang nak suruh sofea buang air besar dalam tandas. Memang ada masalah sikit bab buang air besar tanpa pampers ni. Yang ni nanti aku story kemudian....

Overall sekarang sudah masuk minggu keempat aku train sofea tanpa pampers. Dah nak sebulan.... Secara dasarnya aku rasa sofea dah boleh hidup tanpa pampers. Setiap kali bila terasa nak kencing dan berak mesti sofea akan bagitahu aku dulu sebelum ke tandas. Ayat statis sofea : Pia/aku/saya nak kencing pulak . Nice sangat bila sofea bagitahu cam tu, siap ada perkataan 'pulak' tu yang tak tahan.

Kenangan sofea dengan pampers. 
Masih ingat cerita gambar ni di SINI?

18 November 2012

Nasi lemak lauk paru




Nyum nyum... 

Dah dekat dua tahun tak makan nasi lemak paru ni sejak cuti tanpa gaji.
Dulu tetiap pagi masa pi kerja kalau tak de breakfast selalu menyinggah beli.
Rindu pulak zaman-zaman beli nasi lemak...
eh maknanya rindu nak kerja ke ni??

17 November 2012

Tamatlah riwayat sepohon pokok nangka

Tanya sama pokok, apa sebab tumbang,
Nanti jawab pokok, oh hujan yang datang...


Tumbang dah pokok nangka belakang rumah arwah mak ayah...

Masih ada lagi sia-sia buah nangka yang tinggal...
Boleh ker masak kalau dah tumbang gini?

14 November 2012

Last Order Maybe

Beg buat letak brooch dan alat make up.

Order ni daripada kawan atas kawan. Customer request nak beg brooch. Tapi aku gatai-gatai combine buat beg brooch + beg make up.

Aku rasa ini mungkin order yang last aku nak buat. Walau pun ada yang request suruh buatkan beg cam ni lagi. Tapi mood nak buat malas sangat. Penat ooo menjahit ni... Padanlah tailor tempat aku tempah baju kurung tu charge mahai...

Pas ni ingat plan nak jual beg ready made jer. Buat-buat ikut citarasa aku then jual. Senang. Sekarang pun dh ada stock beg yang aku dah siap buat dalam 5/6 jenis beg. Nanti aku publish kat sini ye. (kalau ada yang nak tengokla) hi3...


Sebelum tu jom layan function beg brooch + make up di bahagian dalamnya.

Bahagian dalam beg. 


Tengah-tengah ruang yang besar warna pink tu untuk letak alat make up.

Bahagian tepi kiri kanan beg aku buat poket. 
Kiri 8 poket, kanan lapan poket kecil. Boleh isi brooch. 
Jadi tak lah brooch bertindih antara satu sama lain

13 November 2012

Saya nak jual, ada ke yang nak beli





Ini Ekzos Satria Neo CPS Standart. Mr. edy dapat daripada salah seorang customer dia dalam sebulan lepas. Customer ni dah tukar ekzos lain. Jadi dia bagi free je kat mr. edy. Katanya ekzos ni baru lagi.

Sebab kitaorang pakai kereta Sawi, jadi tak ada function pun dapat ekzos ni. So we decide nak jual murah-murah jer. Nak kasi clear store.

Act. hari tu dah dapat sorang buyer. Tapi bila try masuk kat kereta dia tak ngam pulak. So pada sesiapa yang berminat nak Ekzos Satria Neo ni bolehlah roger-roger mr. edy yea. Aku nak kecek lebih pun tak pandai sangat bab kereta ni.

12 November 2012

Update rezeki yang diterima

Dah lama tak update pasal rezeki yang diterima daripada pelanggan mr. edy. Rezeki-rezeki ni kitaorang terima semuanya sebelum raya haji lagi. Hasil daripada job pindah rumah dan ofis. 

Jom cuci-cuci mata tengok barang yang aku dapat.

Almari ni sebijik sama dengan almari yang aku dapat masa Ramadhan hari tu. Kalau tak caya boleh tengok kat SINI


Tapi almari kali ni lagi lawa dan nampak baru. Cuma kat bahagian tepi atas dan bawah kena makan anai-anai. Tu yang owner almari ni tak nak. Dasar orang kaya kan...

Sebenarnya owner yang beri almari ni dengan almari sebelum ni bersahabat. Kiranya owner almari yang aku dapat sebelum ni yang recomend untuk gunakan khidmat lori sewa mr. edy ke owner ini. Reasonnya sebab dia kata mr. edy amik barang-barang untuk dibuang. Amboi...

Fyi, kalau kita nak buang barang bukan boleh buang sebarangan tau. Nanti kena saman dengan jabatan alam sekitar baru tahu. Sebab tu kadang-kadang kalau kita sewa lori dan mintak driver lori lori tolong buangkan  sampah  diorang akan caj harga lain untuk buang sampah. Biasanya between 30 - 50 ringgit. Sebab nak buang sampah kat tempat pembuangan kena bayar. Ada tempat khas untuk buang sampah tu. 



Yang warna hitam tu mesin excersize. Customer yang bagi kata boleh guna lagi. Tapi aku tak try pun. Aku dah cukup slim.. kih kih kih... Serius kalau boleh aku nak berat badan bertambah tapi makin hari berat badan makin berkurang. Dah macam lidi dah ni. 



Drawer ni pulak dapat masa pindah opis. Drawer ni elok dan masih ada kuncinya. Masa buat job pindah opis tu banyak sangat barang-barang yang diorang mintak tolong buang. Tapi mana yang elok  tu aku simpanlah satu dua..

Sebenarnya banyak lagi barang yang aku dapat tapi malas nak snap. Antaranya dua unit pemadam api, dua unit mesin printer, drawer jenis kayu, rim kereta, ekzos CPC Satria Neo. Tapi drawer-drawerlah yang paling banyak aku dapat dan banyak jugak dah aku tereban. 

Walau pun elok lagi tapi rumah aku dah tak space nak simpan semua barang ni. Memang kawasan rumah aku tu dah macam tempat pembuangan sampah. Tunggu masa je nak kemas. Tunggu musim tengkujuh berlalu then nak paksa mr. edy berkemas sama. 

08 November 2012

Cara hakeem bagitau buang air besar

Hari tu ada story pasal macam mana sofea nak buang air besar. Kali ni nak story pasal hakeem pulak. Macam mana hakeem bagitau kat aku lepas dia qada' hajat.

Selalunya aku dapat trace je bila hakeem dah buang air besar. Bau semerbak satu rumah mana boleh tak dapat trace. Cuma sekali sekali bila baunya soft jadi tak terdetect pulak aku.

Bila masa aku tak sedar hakeem ni dah buang air besar lebih-lebih lagi time khusyuk menjahit dan berblog, perlahan-lahan hakeem datang ketepi aku untuk bagitau.

Caranya memula dia akan membebel-bebel bahasa ibunda dia sambil memusing badan kebelakang dengan maksud mentala bontot ke aku. Suruh aku check pampers.

Bila aku dah dapat detect dia buak (bahasa hakeem sebut berak) terus hakeem sengih-sengih sambil sembamkan muka ke kaki aku. Kemudian menarik tangan aku kebilik air.

Sweet kan .........

gambar terkini hakeem

Kisah Benar [Must Read]

Hari ni aku cerita pasal kisah benar yang terjadi dalam kehidupan aku. Moga kisah ini dapat menjadi iktibar dan panduan dalam hidup aku dan pembaca sekalian (ayat gempak) :p.


Masih ingat tak di entry sehari dua yang lepas banyak kali aku mengeluh tentang penyakit M yang melanda diri aku. Penyakit malas ni aku tahu sangat puncanya. Ini berikutan mr. edy  yang kurang mendapat job selepas raya haji.


Dah dekat dua minggu raya haji berlalu, job macam chipmore. Sekejap ada sekejap tak ada. Tak kencang macam biasa. Faham-faham kalau mr edy tak ada keje, duit tak masuk. Bila duit tak masuk mulalah mood spoil, bila mood dah spoil, penyakit M pun senang menular.


Tapi alhamdulillah semalam mr. edy selamat berangkat ke Johor. Disaat saat poket dompet semakin menipis, tetiba regular customer mr. edy telefon nak sewa lori walaupun aku dan mr. edy kurang gemar nak berurusan lagi dengan company ni (nama company terpaksa dirahsiakan untuk kebaikan bersama ). :-)


Act. aku kurang berminat nak deal ngan company ni bukan apa, biasalah regular customer. Harga mesti kena kasi murah. Murah tu tak apa lagi kalau bayar cash. Ini tidak payment selalu bayar half half pastu selalu lewat bayar. La ni banyak dah payment yang sangkut. Bila dihitung dah cecah ribu dah. Memula dulu ok, sekarang ni memang ko. Dengarnya payment dia dari orang lain sangkut. So secara tak langsung kitaorang pun tersangkut sekali.


Tapi disebabkan yang macam aku cakap tadi, job tak ada sangat sekarang, mr. edy terpaksa rela menerima jugak job kali ni. Paling tidak adalah tambah jugak duit seratus dua.

Selepas kata persetujuan untuk sewa lori dicapai antara mr. edy ngan company ni, tak dan berapa jam lepas tu bertubi-tubi call masuk. Orang call nak sewa lori. Aduhai masa tak ada job tak ada pulak orang nak call. Bila dah ada job ramai pulak yang nak sewa lori. Sampaikan ada job yang terpaksa ditolak sebab clash dengan jadual.


Ini pun antara sebab kenapa aku malas nak terima job dari company ni. Selalu sangat terjadi bila mr. edy deal je ngan company ni, banyak sangat job yang datang. Sampai terpaksa ditolak-tolak. Fyi, company ni base in JB. Pergi balik Johor paling cepat makan masa dua hari. Rugi banyak ooo...


Pernah sebelum ni aku sound kat mr. edy, kalau company ni nak sewa lori kalau boleh hold hold dulu. Kalau boleh di tolak, tolak terus. Kali ni tak tolak pun sebab job kurang.


Dipendekkan cerita, mr. edy dalam kepala hotak ada berfikir fikir kenapa setiap kali bila dia terima job dari company ni, at the same time mesti banyak job job lain yang datang. Bila terima job dari company ni pasti murah rezeki aku sekeluarga.


Perkara ni mr. edy suarakan ke pekerja dia. Nak tahu apa jawapan yang pekerja mr. edy berikan? Jawab pekerja mr. edy : Al Quran kan. Kita kan bawak alquran.


Masyaallah kenapalah aku dan mr. edy tak terfikir pasal ni. Nampak tak betapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T. Ya la, mr. edy bawak beribu-ribu Al-Quran dalam lori tu.


Moral of the story : Kalau dah jodoh tak kemana. Confirm jodoh kitaorang panjang dengan company ni. Jangan fikir pasal duit sahaja. Ikhlaslah dalam pekerjaan. Bekerjalah sampai beramal.


tepek skit gambar lori kesayangan


Have fun dengan pekerjaan anda. Peace yo......

07 November 2012

Menyiapkan order tak berbayar

Selepas raya haji dan selepas penyakit M menyerang semua order beg semacam tak nak dibuat dah. Semua tu ada dua je lagi yang pending. bukan banyak pun. kih kih kih.... 

Tapi walau pun malas dengan sedikit saki baki semangat yang ada aku gagahkan juga menjahit order-order yang tertangguh. Kali ni buat order yang direquest oleh kakak dan abang ipar sendiri. 

Sokmo kan kalau barang free mesti hasilnya entah apa-apa. Lain yang direquest lain yang jadi. Bila customer berbayar boleh pulak buat walaupun sesusah mana sekali pun. Lumrah alam...



Jadi inilah hasil beg yang menyimpang jauh dari landasan. Yang diminta beg tali jerut sebagai penutup. Tapi yang dibuat beg ditutup dengan butang dan pelekat sahaja.

Beg abang ipar lupa plak nak snap. Yang diminta beg uncang untuk letak duit syiling tapi yang dibuat beg guna lebihan poket seluar jeans.

Memang dasar malas tahap dewa dah sekarang ni.

06 November 2012

Pesta Durian

Semalam mr. edy pi kutip durian kat belakang rumah. Rumah aku ada sepokok pokok durian.  Buah kali ni lebat. Cuma sebab jarang pi tengok kat belakang, banyak buah yang dah lama gugur. Jadi cuma dapat sebijik jer.

Walaupun sebijik dapat jugaklah mr. edy dan anak- anak aku berpesta durian semalam. Bahagia sungguh mereka tiga beranak. Aku tak makan durian.






 
















Sekarang ni musim durian ker ? 
Yang aku tahu musim rambutan.  
Dua pokok rambutan rumah aku tengah lebat berbuah sekarang ni.

Jeans Beg untuk mereka sekeluarga

Akhir-akhir ni mood nak mengupdate blog memang sangat-sangat malas. Nak menjahit pun malas jugak. Orang order pun semacam malas nak buat. Pendek kata serba serbi malas sekarang.



h/p case

telekung/study/multipurpose bag.

Sling beg. Pertama kali buat. Tak susah mana. 
Cuma ring-ring tu mahal kalau beli kat kedai jahitan. 
Kena beli online baru murah.


Tunjuk dekat sikit. 
Abaikan dinding yang penuh dengan mural. Itu sofea punya kerja.


Pencil case.



Yang ini semua order sebelum raya haji, sebelum sifat M melanda.
Beg jeans yang ditempah oleh kawan kakak aku sekelurga.



Anyway, Thanks........
 
Copyright by Aziazidah