Cabaran sofea free pampers

Alhamdulillah dah genap sebulan sofea tak pakai pampers. Dah tak payah remind suruh kencing berak. Sofea dah pandai pergi bilik air sendiri. Time nak cuci je dia panggil aku.

Act. bukan mudah nak bagi anak bebas pampers. Ada jugak challenge yang aku kena lalui.

Pertama, waktu memalam sampai sekarang aku masih kena kejutkan sofea untuk kencing. Kalau tak alamat bila time sejuk time hujan confirm terkencing dalam seluar. Bila dah kencing bukan sofea reti nak bangun. Tidolah dengan seluar basah-basah tu sampai aku buat spotcheck.

Last week nampaknya dah ada peningkatan, lepas terkencing malam tu, terus sofea gelabah bagitau dia dah terkencing dalam seluar. Tak sure aku, memang dia dah tersedar atau dia memang betul-betul berasa nak kencing. Yang ni takpe, aku rasa lelama nanti pandailah sofea bangun malam sendiri.

Challenge yang kedua ni je aku masih lagi berusaha mencari penyelesaian. Bab buang air besar. Sebulan tak pakai pampers, sebulan jugaklah sofea buang air besar atas lantai bilik air. Taknak nyer dia buang air besar dalam toilet. Maybe sebab toilet tinggi, jadi sofea takut. Aku pun tak ler bebelikan lagi potty train tu. Macam tak ada feel pulak nak beli... hehhee...

Disebabkan sofea buang air besar atas lantai, bila keluar jenjalan memang sangat-sangat problem tau. Tak boleh keluar rumah lama-lama. Nasib baik aku memang jenis home sweet home. Jarang keluar.

Pernah hari tu kitaorang keluar jenjalan, sofea kata nak kencing. Padahal aku baru je suruh sofea kencing kat Petronas. Aku dah mula risau. Mesti sofea nak berak ni. Nak balik jauh lagi rumah. Nak pergi tandas petronas nanti susah pulak nak cuci. Sebab kalau kata sofea berak kat lantai bilik air rumah aku memang dia berak betul-betul kat tepi pintu. Aku suruh membuang dekat-dekat lubang air, dia tak nak. Kalau dekat-dekat lubang tu senanglah nak jirus kan...

Last-last mr. edy suruh je sofea buang air besar kat tepi longkang. Tapi sofea pun reti jugak rasa malu, tak selesa... Tak mahu nyer dia melepaskan hajat kat tempat terbuka. Siap menangis lagi bila mr. edy suruh jugak buang air besar kat tepi jalan. Sian sofea... Nasib baik ada lagi saki baki pampers sofea yang aku letak dalam beg jalan dia. Terus aku pakaikan je sofea pampers. Akhirnya selamat sofea qada' hajat dalam pampers.

Aduhai macam mana agaknya nak kasi sofea ni buang air besar dalam tandas? Dah la sekarang asyik mintak nak pergi sekolah. Any idea...

2 comments:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Akak try dulu guna potty train la tgk mcm mn

IntaNBerliaN said...

a'aa budak2 reti malu nak melepas merata2 mcm alisha gak.. hihi

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY