26 November 2012

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi

Hakeem memang suka dengan lori. Asal nampak lori mula gelabah sebut : Yi, Yi... Dengar bunyi lori sampai sangggup berenti menyusu. hehehe...Mentang-mentanglah papa dia keje bawak lori.
Kat rumah memang ada satu lori sampah mainan yang dah tercabut tayar dan tong sampahnya hilang entah kemana menjadi permainan kegemaran hakeem. Taksub sangat main sampai habis rosak segala.

Biasanya kalau aku tengah masak, lori nilah jadi teman setia hakeem. Memula-mula dia tolak-tolak lori sampah mainan dia tu ke hulur kehilir. Kemudian dia bangun dan masuk dalam bilik jahit. Nak tahu apa dia nak buat kat dalam bilik jahit tu?


Ha.. Tu dia gi amik kain perca jeans yang aku buat beg. Then dia akan cuci lori tu. 

Sebijik ikut gaya mr. edy mencuci/membaiki lori.

Bila nampak aku mula panggil aku ... Ma.. ma.... cak cak (Mama, rosak rosak)
Taulah lately lori papa asyik meragam .

*nanti mama beli lori mainan yang baru ye hakeem...

4 Comment:

Pija Dawood said...

budak2 sekarang memang cerdik :)

IntaNBerliaN said...

peminat lori jugak ye upanya... :-)

Myra Jay said...

Ala comelnyer...

Pandai sayang barang, siap cuci lagi :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alololo comelnyer dia...minat lori hihi