19 November 2012

Selamat tinggal pampers

Sekarang sofea dah masuk usia 3 tahun 1 bulan. Dah besar sesangat. Dah patut tak yah pakai pampers kan.

Actually dah tiga minggu aku ajar sofea tak pakai pampers. Sebabkan sofea dah besar, aku kena ajar sofea dengan pantas so tak payah buat banyak step.

Cukup sekadar minggu pertama aku ajar sofea tak pakai pampers waktu siang. Masuk minggu kedua terus aku dah start tak pakaikan sofea pampers waktu siang dan jugak malam.

Masa minggu pertama praktik tu biasalah ON OFF. Kadang-kadang waktu siang pun sofea kencing dalam bilik air dan kadang-kadang dalam seluar. Terkucil skit-skit tu biasa. Aku kena banyak bertanya dan peringatkan sofea dalam minggu pertama tu. Tapi bila masuk minggu kedua nampaknya dah ok. Tak yah tanya sangat pun, sofea dah pandai bukak seluar sendiri, pi bilik air sendiri dan cuci sendiri. Minggu ketiga much better.

Waktu malam pulak, sebelum tido apa-apa pun aku suruh sofea kencing dulu. Alhamdulillah sofea ngikut kata dan malam hari pertama dan kedua sampai ke pagi sofea tak kencing dalam seluar walau pun aku tak kejutkan sofea kencing waktu malam. Tahan pulak sofea tak kencing bila tak pakai pampers. Tapi bila masuk hari ke tiga amik ko sampai 3 helai seluar kena tukar. Sofea terkucil ntah bila ntah. Sedar-sedar dah basah. Almaklum sekarang musim hujan dan aku pulak sokmo tak terbangun nak ajak sofea ke tandas.

Solutionnya, lepas tu waktu malam aku akan kejutkan sofea untuk kencing.  Act aku kena dukung sofea ke bilik air, kalau kejut pun sofea liat nak bangun. Sofea tido biasanya dalam pukul 12 malam. Dalam pukul tiga pagi dan enam pagi aku akan ajak sofea ke bilik air untuk kencing. So sekarang ni waktu malam dah oklah tak kencing dalam seluar kecuali aku tak terjaga untuk kejut sofea kencing. Memang dia kencing dalam seluarlah. hihihi...

Agaknya sampai bila haa aku kena kejutkan sofea kencing tiap-tiap malam sampai sofea reti bangun sendiri?

Bab buang air besar pulak masa minggu pertama aku masih layankan sofea buang air besar dalam pampers macam pernah aku ceritakan sebelum ni kat SINI. Dalam pada tu, ada jugak la dua tiga kali sofea terberak dalam seluar. Tapi tak teruk mana pun aku kena cuci sebab bila dah terberak sikit cepat-cepat sofea jerit bagitau dan aku angkat bawak pi bilik air.

Bila pampers dah habis automatik aku tak layan dah permintaan sofea nak berak dalam pampers. Aku jugak bertegas dengan mr. edy supaya jangan belikan pampers sofea. Ikut mr. edy nak je beli pampers, senang....  Bukan apa kalau pampers ada confirm semua training aku akan jadi sia-sia. Sifat M senang menepek dalam diri ni...

Nak tak nak sofea kena jugak buang air besar dalam tandas. Tapi bukan senang nak suruh sofea buang air besar dalam tandas. Memang ada masalah sikit bab buang air besar tanpa pampers ni. Yang ni nanti aku story kemudian....

Overall sekarang sudah masuk minggu keempat aku train sofea tanpa pampers. Dah nak sebulan.... Secara dasarnya aku rasa sofea dah boleh hidup tanpa pampers. Setiap kali bila terasa nak kencing dan berak mesti sofea akan bagitahu aku dulu sebelum ke tandas. Ayat statis sofea : Pia/aku/saya nak kencing pulak . Nice sangat bila sofea bagitahu cam tu, siap ada perkataan 'pulak' tu yang tak tahan.

Kenangan sofea dengan pampers. 
Masih ingat cerita gambar ni di SINI?

4 comments:

IntaNBerliaN said...

alhamdulillah..!! sofea mmg budak pandai :-)

Riena Haiqal said...

Alhamdulillah...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Sofea gud girl...Alhamdulillah

IntaNBerliaN said...

azi, azi kata, kes sy yg kalenjar tiroid bgkak tu sama kes dgn azi kan... napa?.. azi dulu camtu gak ke?.. so, skrg bgkakk lg x?

 
Copyright by Aziazidah