12 November 2012

Update rezeki yang diterima

Dah lama tak update pasal rezeki yang diterima daripada pelanggan mr. edy. Rezeki-rezeki ni kitaorang terima semuanya sebelum raya haji lagi. Hasil daripada job pindah rumah dan ofis. 

Jom cuci-cuci mata tengok barang yang aku dapat.

Almari ni sebijik sama dengan almari yang aku dapat masa Ramadhan hari tu. Kalau tak caya boleh tengok kat SINI


Tapi almari kali ni lagi lawa dan nampak baru. Cuma kat bahagian tepi atas dan bawah kena makan anai-anai. Tu yang owner almari ni tak nak. Dasar orang kaya kan...

Sebenarnya owner yang beri almari ni dengan almari sebelum ni bersahabat. Kiranya owner almari yang aku dapat sebelum ni yang recomend untuk gunakan khidmat lori sewa mr. edy ke owner ini. Reasonnya sebab dia kata mr. edy amik barang-barang untuk dibuang. Amboi...

Fyi, kalau kita nak buang barang bukan boleh buang sebarangan tau. Nanti kena saman dengan jabatan alam sekitar baru tahu. Sebab tu kadang-kadang kalau kita sewa lori dan mintak driver lori lori tolong buangkan  sampah  diorang akan caj harga lain untuk buang sampah. Biasanya between 30 - 50 ringgit. Sebab nak buang sampah kat tempat pembuangan kena bayar. Ada tempat khas untuk buang sampah tu. 



Yang warna hitam tu mesin excersize. Customer yang bagi kata boleh guna lagi. Tapi aku tak try pun. Aku dah cukup slim.. kih kih kih... Serius kalau boleh aku nak berat badan bertambah tapi makin hari berat badan makin berkurang. Dah macam lidi dah ni. 



Drawer ni pulak dapat masa pindah opis. Drawer ni elok dan masih ada kuncinya. Masa buat job pindah opis tu banyak sangat barang-barang yang diorang mintak tolong buang. Tapi mana yang elok  tu aku simpanlah satu dua..

Sebenarnya banyak lagi barang yang aku dapat tapi malas nak snap. Antaranya dua unit pemadam api, dua unit mesin printer, drawer jenis kayu, rim kereta, ekzos CPC Satria Neo. Tapi drawer-drawerlah yang paling banyak aku dapat dan banyak jugak dah aku tereban. 

Walau pun elok lagi tapi rumah aku dah tak space nak simpan semua barang ni. Memang kawasan rumah aku tu dah macam tempat pembuangan sampah. Tunggu masa je nak kemas. Tunggu musim tengkujuh berlalu then nak paksa mr. edy berkemas sama. 

5 comments:

Riena Haiqal said...

murah rezeki Azi sekeluarga... (^_^)

nita said...

Alhamdulillah..
memang cantik lagi almari tu..

Pija Dawood said...

cantik..

banyak jimat dah kat situ :)

IntaNBerliaN said...

wah banyaknya dapat... byk leh jimat nih..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

masih cantik lg tu...Alhamdulillah murah rezeki akak sekeluarga

 
Copyright by Aziazidah