07 December 2012

Company Malaysia banyak yang menipu

Sepanjang buat  business lori sewa, aku dengan mr. edy dah banyak kali kena tipu dengan company-company kat malaysia ni. Kalau orang perseorangan tak ada masalah.

Masa nak guna sewa lori kemain lagi demand. Harga nak murah. Tenaga nak kerah. Hantar sms/call two three times nak confirm lori datang on time. Bila datang terlambat sikit marah.  Bising-bising. Mula guna ayat customer alway rights. Yang kita ni terpaksala cakap baik-baik sebab nak cari sesuap nasi.

Tapi bila kerja dah siap, perkhidmatan dah selesai, bab membayar mula liat. Mula main sandiwara. Kata nak bankin dalam akaun. Tak ada cash in hand.

Sudahlah masa deal nak murah sesaja. Tenaga kerah kaw kaw. Ok fine kami boleh bagi harga murah kalau bayar cash. Ini tidak bayar nak kemudian-kemudian dan buat-buat lupa nak bayar. Bila kerja dah selesai, kita pun dah balik rumah memang tak adalanak ba yar. Memang lupa terus. Call pun tak angkat dah.

Aku kalau ikutkan hati rasa nak listinig jer satu persatu nama company yang dah tipu aku dan mr. edy. Biar tercemar nama baik diorang. Bila orang search baru padan muka kan. Siapa suruh menipu sangat. Tapi disebabkan sifat perikemanusian masih menebal dalam diri aku, aku cuma bebel-bebel sikit je kat sini.

Banyak tau uolls orang yang dah tipu aku. Ada company wedding planner, canopy servis, resort, transportation company & etc. Kalau dihitung riban riban dah duit aku melesap...Panas hati nih!!


*semakin berhati-hati memilih customer.

5 comments:

Riena Haiqal said...

begitulah adat dalam perniagaan.. asyik kena tipu sana sini.. takut juga.. husband saya kan ada buat projek sendirian utk aircond dan wiring.. baru2 ni dia kena tipu.. satu hari dia service dan repair aircond orang tu, tiba2 masa nak bayar dia tak nak bayar pulak.. huh saya pulak yang naik hangin

Eca Dwinky Asha said...

listing je kak...biar padan muka dorg.

IntaNBerliaN said...

Ya Allah.. napelah dorg wat gitu... xpk ke duit tu nak guna nak bg mkn kat anak is3...

Myra Jay said...

Memang kena lebih berhati-hati lepas ni.. Macam2 sikap orang yang kita tak jangka kan.. :D

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

xsedar ker duit tu nak bg family makan boleh jd drh daging...org ni mcm2 kan

 
Copyright by Aziazidah