07 December 2012

Keadaan rumah yang makin tak selamat

Actually kami sekeluarga memang selalu tido lewat. Paling awal pukul 12 malam. Selalunya dalam pukul satu baru nak gerak masuk bilik. Sok sek sok sek pukul dua baru lena.

Tapi malam semalam mr. edy sorang je yang tido lewat. Dalam pukul 3 pagi. Aku pukul 12 dah berdengkur atas katil. (",). Penat sangat semalam seharian main computer. Sampai merah2 mata, lenguh-lenguh leher. Penangan nak edit blog. hehehe... Perasan ke background blog dah tukar. Itu pun belum siap sepenuhnya. Tak expert. 

Ok, sambung balik cerita malam tadi. So sebab aku tido awal, aku dan anak-anak tido dalam bilik. Mr. edy pulak tido kat  ruang tamu sambil layan video. Katil queen tak muat maaa nak tido sekali empat orang...

Dipendekkan cerita dalam pukul dua pagi, mr. edy ternampak bayang-bayang ada orang lalu kat tepi tingkap.  Mr. edy yang perasan akan kehadiran orang@pencuri terus berkejar melalui pintu dapur. Tapi faham-fahamlah nak bukak pintu, nak bukak grill makan masa. Berbunyi pulak tu. Memang tak dan nak tengok pencuri, pencuri pun dah lari.

Pagi ni tengok tak nampak pulak ada barang yang hilang. Kalau ada pun bukan boleh trace jam-jam tu jugak. Sebab barang  kat luar banyak. Makan masa nak sedar. Contoh kalau dia curi kasut, empat lima hari curi baru sedar bila kita nak guna.

Kalau diikutkan memang tak logik kan orang lalu tepi rumah kita pukul dua tiga pagi. Lebih-lebih lagi rumah aku tak ada kena mengena dengan orang lain. Bukan laluan pejalan kaki atau tepi jalan raya utama. 

Sebelum ni aku pernah cerita rumah aku sering jadi sasaran pencuri kan.  Nampaknya si pencuri ni sentiasa aim rumah aku. Sebab barang-barang orang kasi macam besi-besi, pemadam api, rim kereta kengkadang mr. edy letak je kat tepi rumah. Tak sempatlah nak kemas dalam store. Pencuri ni nampaknya sentiasa memantau kawasan rumah aku. 

Fyi aku dah boleh agak dan syak siapa pencuri tu.. Anak jiran sebelah rumah je. Anaknya memang selalu aku tengok tak tido malam. Sebelum ni pun dah ada orang tangkap dia bawak ke balai polis. Kena masuk sekolah jahat tapi dia lari balik. Cuma aku tak ada bukti mana boleh tuduh dan tangkap sesuka hati.


Now rasa duduk kat rumah sendiri macam tak selamat dan tak berapa nak ada privacy sebab ada je orang duk perhatikan kita dengan niat nak songlap barang-barang kita.


*walau pun kitaorang tido lewat, lampu berpasang sampai pagi tp pencuri still berani datang jugak.

4 Comment:

Myra Jay said...

Risau bila baca, memang kena lebih berhati-hati kak..

Tak kisah kalau diorang mencuri barang, tp takut sehingga mencederakan..
Akak dah report Polis ke @ JKK kampung ke?

Riena Haiqal said...

tak report polis ke? bahaya ni... keselamatan yang penting

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

takut pulak wani baca n3 ni kak...kena hati2 la...xder report polis ker kak

IntaNBerliaN said...

takut plak baca.. kalau azi duk dgn ank2 je kat umah, bahaya gak tu... take care tau