26 December 2012

Learning in progress

Satu hari mr. edy jalan kat luar rumah tak pakai kasut kemudian hakeem nampak. Kemain riuh mulut hakeem panggil papa dia suruh pakai selipar. Siap tolong ambilkan selipar bagi ke papa dia  baru senang hati hakeem nak sambung main balik.

Satu malam hakeem main kat luar rumah. Memang kebiasaan malam-malam hakeem suka main basikal kakak dia kat laman rumah. Masa tengah tolak basikal tetiba hakeem dongak dan tunjuk keatas sambil cakap wulan wulan (bulan).

Hakeem memang suka minum air kotak dutch lady. Tapi biasa budak-budak, bila minum confirm tumpah. Kalau bukan sebab tumpah masa minum, tumpah sebab dicabutnya straw lalu di tonggangnya air dalam kotak tu. Bila dah tumpah aku tengok hakeem pergi ke dapur sambil ambil penyapu dan penyodok sampah. Kalau pas makan pun memang hakeem confirm akan amik penyapu nak sapu semua nasi yang tumpah.

Dua tiga hari kebelakangan ni rajin betul mulut hakeem ucap terima kasih dan sama-sama bila ada perkara yang melibatkan penggunaan perkataan itu. Tapi macam biasa dalam bahasa pelat dia la..

Alhamdulillah dah banyak benda yang hakeem pandai dan faham. Macam tak percaya pun ada,,, Dulu masa sofea aku tak dapat nak lihat depan mata segala perkembangan sofea setiap hari. Ini dengan hakeem dapat jugak aku merasa...

Tak sia-sia mulut aku tiap hari duk peringat hakeem ngan sofea tentang kebersihan, duk mengajar tentang alam dan benda disekeliling kita..

4 Comment:

Myra Jay said...

Alhamdulillah, happy dengan perkembangan anak2 kan :D

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah..progress yg baik

IntaNBerliaN said...

pandainya hakeem ni... tp mmg betoi pun... ank2 ni dorg cpt belajar kan...

IntaNBerliaN said...

sorry yer.. dh lama xdtg sini.. skrg ada ank kecik ni mmg ms sgt2 terhad utk bw.. sy skrg ni, entry buat tp bw mana sempat je.. sehari 2 3 blog je... ms byk hbs layan ank2 je..