08 December 2012

Tip memilih kad kawin

Hari ni nak share pasal cerita kad kawin. Bukan sebab aku nak kawin lagi ye. Perempuan mana boleh kawin bebanyak. Cinta i masih utuh tau. Cuma rumah tangga biasa ler ada pasang surutnya. Tak nak story pun pasal rumah tangga. (",)

Pasal kad kawin tu, dua tiga hari lepas ada jiran hantar kad jemputan kawin. Tak kenal pun bakal pengantinnya. Tapi bila bukak sampul kad terus aku terpikat dengan kadnya. Cantik sangat dan useful.


 
Inilah kadnya. Design calendar. Pink lagi tuh...

Tak pernah terfikir masa dulu nak tempah kad kawin ala calendar. Ke masa tu tak ada lagi design macam ni. hihihi... Iyelah empat tahun lepas masa aku nak kawin tu aku tengah belajar. Yang aku tahu hanya Nilai 3 dan Jalan Pudu. Kat situlah aku cari segala menda barang kawin. Pastu time tu tak ada blog lagi. Tak baca orang buat review pasal wedding. Search search pun tak berapa jumpa. hahahha....

La ni semua bakal pengantin siap buat review diorang punya wedding from A to Z. Dari bab bertunang, ke hantaran ke baju nikah sanding ke candy buffet ke door gift ke persandingan ke photography segala macam lagilah.. Bagus sebenarnya. Memang sangat membantu sebagai rujukan. 

Masa beli kad kawin dulu, aku beli kad kawin yang aku rasa design cantik dan murah. Iyelah nak kawin kena guna banyak duit. Budget limited. Jadi faktor murah tu memang masuk dalam faktor utama memilih.

But rasanya uolls yang nak kawin kena tambah satu lagi faktor kalau nak buat kad kawin. Kena buat kad kawin yang boleh disimpan lama. Rugi cetak mahal-mahal, last-last paling lama orang simpan sampai kita kawin jer. Pastu confirm campak tong sampah. 

Kalau kad kawin macam yang aku dapat ni dengan rela hati aku cakap kat mr. edy nak simpan. Mr. edy pun agree. Maybe boleh buat design kad kawin bentuk bookmark or something else.... 

Tak pun boleh buat kad sendiri macam ni. Buang pun tak rugi tapi kena kutuk ada... kihkihkih

3 Comment:

IntaNBerliaN said...

mmg cantik betoi kad tu.... siap ada kalendar lagi

Myra Jay said...

Bila ada kalendar camni konpem orang akan simpan..

Myra dulu buat kad thru online je, alhamdulillah hasil cantik :D

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah kad tu mesti org simpan sbb ada calendar sekali