09 January 2013

Misi free botol susu

Minggu ni adalah minggu yang sangat bizi. Bz mengurus hal rumah tangga, hal anak- anak, hal sendiri... Ini gara-gara preparation back to work. Masa semakin mencemburui. Banyak benda rasanya nak kena settle sebelum masuk kerja. 

Start semalam aku dalam misi freekan sofea botol susu. Alhamdulillah misi free pampers dah berjaya tahun lepas selepas sebulan train. Harap-harap misi free botol susu pun akan berjaya juga. 

Kalau dikira ikut tahun dan bulan sofea sekarang tiga tahun tiga bulan. Kalau digenapkan sofea sebenarnya dah empat tahun.  Disebabkan aku asyik ingat sofea masih tiga tahun plus plus jadi aku lupa sepatutnya tahun ni sofea dah boleh masuk tadika. Apatah lagi pampers pun dah tak pakai. Takpelah, dah terlepas... aku ingat tahun depan atau bulan enam lepas aku start kerja baru aku nak anta sofea ke tadika. 

Mungkin bagi sesetengah ibu bapa free botol susu ni tak penting sepenting free pampers. Itu terpulang pada diri individu. Bagi aku biarlah sebelum aku melangkah masuk keje bulan empat ni aku dapat buat semua benda dengan kudrat sendiri dan bukan atas usaha pengasuh. Kepuasan disitu.... (",). 

Sofea kalau leka bermain memang jarang nak susu botol kecuali waktu tido memang wajib nak isap. Kalau time kami tiga beranak nak tido *mr. edy tak masuk book* aku akan baring dan susukan hakeem, sementara sofea baring di sebelah aku sambil sebelah tangan pegang botol susu sebelah tangan lagi merayap-merayap meraba mama dia. 

Aktiviti meraba sudah sebati dengan sofea. Hakeem pun sama. Pendek kata kalau nak tido habis aku dikerjakan dek anak-anak.. Jadi dengan mengajar sofea minum susu dalam cawan diharap aktiviti meraba akan berakhir.  (^.~). 

Sofea memang anak yang mudah diajar dan dibentuk, setakat semalam so far so good. Hari ni masuk hari kedua, harap-harap misi ini berjaya..... 

*aku juga sedang berkira-kira menceraikan susu badan hakeem

3 Comment:

Myra Jay said...

selamat berjaya buat Sofea :D

Momma AA said...

eca pun camtu gak azi.. bangun pagi n malam jer minum susu.. dah kurang susu dah..
moga sofea berjaya.. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

gud luck tuk sofea :-)