21 January 2013

Tak rugi berbuat baik pada orang

Dah seminggu dah tak menulis sebarang entri diblog ni. Ada tak yang rindu? weeeeee.... Semua ini disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan dan juga kekangan masa. Minggu lepas badan asal nak bangun mula rasa berpusing, rasa macam  nak pengsan.

Tapi alhamdulillah di kala faktor kesihatan yang kurang baik, order pula datang bertalu-talu. Tuhan Maha Adil.... Pada yang mengorder diharap bersabar sedikit sebab badan juga tangan ni tak berapa sihat lagi nak memegang mesin jahit.

Berbalik kepada tajuk, hari ni nak kongsi satu cerita yang terjadi pada hari khamis minggu lepas. Disebabkan faktor kesihatan sangat-sangat memburuk, hari kamis tu aku dah tak larat dah nak memasak macam biasa. Awal-awal lagi dah mintak mr. edy pegi beli makanan kat luar.

So mr. edy pun belikan empat bungkus nasi berlauk. Untuk aku, mr. edy, pekerja mr. edy dan anak-anak. Semuanya enam belas ringgit. Standart ke harga tu? Kami jarang makan kat luar kecuali bila keadaan benar-benar memaksa.

Hari tu memang rezeki kami, makcik kedai pulak sedekahkan enam bungkus nasi lemak. Suka sangatla aku. Tak payah masak tengahari. Pantas aku suarakan ke mr. edy, nasi lemak untuk makan waktu pagi, nasi berlauk tu buat makan waktu tengahari.

Tapi rupanya mr. edy mahu berikan nasi lemak tu pada pekerja yang sedang membersihkan sampah jalan yang kebetulan sedang membersih dihadapan rumah aku. Terkedu seketika aku, tidak mengiakan mahupun membantah.

Kemudian mr. edy menambah lagi tak apala kalau ma dah fikir macam tu. Sebabkan tak nak mr. edy rasa bersalah aku cadangkan kami bahagikan separuh nasi lemak tu kita beri kepada pekerja pembersihan dan separuh untuk kami makan. Lagi pun pekerja tu cuma ada dua orang. Nasi yang ada pun banyak. Anak-anak makan banyak manalah sangat.

Selepas tu sepanjang hari aku tidur. Tak sihat kan... Bila petang aku keluar rumah aku tengok depan jalan rumah sangat-sangat berbeza daripada sebelum-sebelum ni. Dahan-dahan pokok rambutan yang dah hampir masuk kelongkang sudah di trim. Dalam longkang depan rumah yang penuh dengan daun-daun kering dan buah-buah yang gugur sudah clear. Bersih luar biasa.

Sebelum ni aku dan kakak aku ada soksek soksek pekerja yang membersihkan jalan buat kerja cincai. Buat ala kadar. Sampah yang dalam longkang tu memang diorang tak berapa nak kaut buang. Itu yang menyebabkan apabila hujan lebat air tersumbat dan berlaku banjir kilat.

Tapi hari ni disebabkan mr. edy bagi nasi lemak terus diorang bersih betul-betul. Sampaikan dahan-dahan pokok pun diorang kasi tebang walaupun sebenarnya itu bukan tugas diorang. See... kita buat baik kat orang, orang seribu kali buat baik kat kita.

Uolls janganlah fikir ala sebab kita dah bagi nasi lemak, tu yang diorang buat kerja betul-betul. Tak rugi pun kalau kita berbuat baik pada orang lain. Untungnya kita juga. Lagi pun memang iolls ada rezeki lebih apa salahnya share pada orang lain kan.....

3 Comment:

IntaNBerliaN said...

a'aa stju.. buat baik dibalas baik :-)

IntaNBerliaN said...

a'aa stju.. buat baik dibalas baik :-)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

betul tu kak baik dibalas baik jahat dibalas jahat