01 March 2013

Huggies Dry Pants “Change for Better Convenience” Roadshow


Attention to mummies dan daddies yang duduk sekitar lembah klang *luar lembah klang juga boleh kalau willing to travel* yang suka dengan roadshow, suka nak join contest, suka join aktiviti luar dengan anak-anak inilah masanya korang untuk pergi ke roadshow Huggies Dry Pants: Change For Better Convenience anjuran Huggies.


Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. 

Bagi yang tak tahu, tak pernah dengar dan tak familiar dengan Huggies Dry pants meh baca ni....
Ini contoh packaging Huggies Dry Pants.

Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!

Pada sesiapa yang ada baby yang tengah aktif dan melasak memang sesuai dipakaikan Huggies dry pants. Hanya Koyak, Salin dan Lepas. Tak payah nak lekat lekat... Lambat.. Tak dan salin anak pun dah lari...

 Dengan Huggies Dry Pants hanya tiga langkah sahaja.
"Tukarlah untuk lebih senang dipakai"


So, apalagi pada sesiapa yang dah jatuh cinta dan berminat nak mengetahui lebih lanjut mengenai Huggies Dry pants jom terjah roadshow Huggies Dry Pants : Change For Better Convenience

Tempat : Ruang legar, Mydin USJ
Tarikh : 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)


Tengah berlangsung sekarang ni kan. Rugi kalau korang tak pergi sebab dengar-dengarnya banyak sangat aktiviti-aktiviti ceria yang melibatkan ibu bapa dan bayi telah dirangka oleh Huggies.

Antara acara istimewa yang bakal berlangsung adalah Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies. Cabaran yang akan menguji kepantasan korang untuk menukar lampin Huggies Dry Pants si manja anda. Acara ini akan diadakan setiap hari pada masa berikut : 10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.

Selain itu, banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik seperti permainan, pertunjukan silap mata, promosi dan hadiah menarik untuk dimenangi. Dan acara kemuncaknya bakal berlangsung pada 3 Mac 2013(Ahad) dari pukul 8:00pm - 9:00pm. Mesti happening.....

Eeee tak sabar aku nak ajak mr. edy pergi. Wajib terjah nih. Lagi pun Mydin USJ dekat sesangat dengan rumah aku. Lebih kurang 15 minit jer. Apa lagi mummies and daddies out there jomlah join sekali!

Kalau nak tahu best tak  best Huggies Dry Pants jom dapatkan sample percuma Huggies Dry Pants di http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx. Bertukarlah untuk lebih senang dipakai.

Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai Huggies boleh layari laman web Huggies Malaysia di http://www.huggies.com.my atau like FB Huggies : www.facebook.com/Huggies.Malaysia

3 comments:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

jauh la nk p

IntaNBerliaN said...

azi dah g ke?

IntaNBerliaN said...

singgah sambil klik u mobil... tambah tabung 2 beradik tu :-)

 
Copyright by Aziazidah