Menangis setiap malam

Kalau nak tahu almost every night sofea menangis masa tidur. Tengah tengah sedap tidur sejam dua pastu mesti terjaga then nangis nangis sambil berjalan. Kira masa nangis tu sofea tak berapa sedar. Jalan pun terhoyong hayang nak terlanggar pintu dinding bagai.


Macam kes malam semalam masa aku tengah menyusu hakeem dalam bilik, tetiba dengar sofea menangis. Time tu sofea tertido kat depan tv. Kemudian dengar pulak dia cakap hey kawan... kawan... kawan... Sebelum tidur sofea memang ada main dengan sepupu dia *sofea panggil kawan* yang datang rumah.


Masa sofea duk cakap kawan kawan tu memang aku sedih. Bukan sedih tapi tahap sebak. Intonasi percakapan sofea time tu memang sangat sangat mengharukan.


Sebabkan aku tengah menyusu hakeem, jadi aku tak dapat nak tengok reaksi muka sofea. Kata mr. edy sofea cakap kawan kawan sambil tunjuk tangan ke arah pintu.


Sebenarnya aku risau tau sebab bukan semalam je sofea menangis, berjalan masa tidur tapi hampir setiap malam. Mr. edy kata fesyen dia budak-budak mengigau masa tidur. Betul ker?

Ada tak siapa siapa penah alami situasi macam ni?

2 comments:

eiela said...

bahaya jugak tuh kalau tiap2 malam asyik menangis je tuh kak.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

xpenah pulak alami mcm tu kak

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY