28 February 2013

Sofea & Hakeem yang suka menari

Sofea ni suka sangat menari. Tiap kali dengar TV, ada rancangan yang pasang lagu, confirm dia bukak langkah...

Mempersembahkan your dancer Sofea..


Kebetulan pulak semalam aku pakaikan dia skirt yang beralun kat bahagian bawah. Lagi syoklah dia nak menari.

Time dah nak serender ni.... Letih...


Yang bawah ni pulak gambar time sofea dan hakeem dengar CD ABC. Ada je part lagu terus sepantas kilat masing-masing bangun tunjuk kehebatan menari. 

Yang tak tahan tu kadang-kadang boleh dia pegang tangan kita sambil pusingkan badan dia. Ala macam pasangan menari kat majlis tari menari tu. Mana tah dia belajar semua tu...


Last-last dengar sofea mengeluh Aduh dah ke mama, cepatla... penatnya mama.... 
Padahal tadi dia yang beria-ia suruh kita tangkap gambar...


*Teringin nak hantar sofea ke kelas tarian. Tapi tak jumpa kelas tarian yang dekat dengan rumah. Yang ada pun untuk orang dewasa dan nak budak yang pandai speaking baru diorang nak ambik...


1 comment:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

alahai comel sungguh 2bradik ni

 
Copyright by Aziazidah