15 March 2013

Back to taska

Dua hari lepas aku hantar sofea ke taska. Di ulang taska ye, bukan tadika. Aduhai tak larat dengar tiap hari keluar ayat ni dari mulut sofea. Kan pia nak jumpa kawan pia kan... Kan pia nak pergi umah kawan...


Jadinya aku dan mr. edy decide hantar sofea ke taska lama sofea untuk sehari. Biar hilang sikit boring. Dah dua tahun tak hantar, aku tengok banyak pengasuh baru. Muda-muda lagi.


Masa hantar sofea, aku tengok sofea cuma nak dengan  sorang makcik dalam umur 50-an (umi). Umi ni memang ada dari memula aku hantar sofea kat situ. Yang lain semua muka baru. Membuatkan hati rasa tak sedap nak hantar anak-anak ke taska. Lebih-lebih lagi mama ti (owner taska) kata kalau nak hantar sofea anytime je boleh tapi hakeem start bulan empat lah. Taska tak cukup orang nak jaga.


Kalau ikutkan memang tak nak bagi sofea pergi taska. Tunggulah aku kerja nanti confirm memang kena duduk taska lapan jam sehari. Tapi sebab kesian tengok sofea macam boring sorang-sorang kat rumah tu yang decide hantar. Ingatkan sofea tak suka. Rupanya kemain suka lagi. Tak kisah pun kitaorang nak balik. Dulu pernah jugak aku on off hantar sofea kat taska. Masa tu masih bebaru cuti tanpa gaji. Sofea pun masih suruh aku temankan dia sementara dia cuba menyesuaikan diri dengan kawan-kawan. Ini langsung tak kisah. Menonong je masuk dalam taska.


Masa nak balik pun kemain payah lagi nak suruh balik. Tak nak balik katanya. Budak lain aku tengok muka memasing sugul je nunggu mak ayah diorang datang ambik. Tapi sofea boleh tarik muka empat belas nak tinggal lagi kat taska.


Kemudian balik dari taska aku check beg diaper sofea tengok kot-kot ada barang tertinggal ke apa. Tengok-tengok susu sofea dari penuh dah tinggal separuh. Kalau dari penilaian aku ada dalam 3/4 botol jugak susu yang sofea minum dari pagi aku hantar pukul 11 sampai aku amik pukul 4.30 petang. Banyak tu... Yang disyorkan pun setakat 2 ke 3 botol sehari. Terdetik dalam hati taska ni tak bagi sofea makan ker?


Aishhh... makin makin makin tak sedap hati nak hantar diorang ke taska macam ni....

ayat yang biasa sofea cakap tatkala mama dia tengah risau atau sedih...


1 comment:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mooncong mulut sofea..comel hihi

 
Copyright by Aziazidah