27 March 2013

Cerita orang kuat makan

Aku tak nafikan mmg aku kuat makan. Tak kira makanan tu sedap ke tak berapa sedap ke semua aku bedal. Lebih lebih lg dalam keadaan aku yg masih menyusukan hakeem. Baru je makan dah terasa cepatnya lapar balik. Aku hanya tak akan sentuh mknn yg ada klu betul betul mknn tu xboleh nk lalu ditekak. Setakat kurang sedap aku tak berkira sgt.

Luckly aku jenis yg makan byk pn badan susah nk naik. Nak kata sebab genetik tak juga sebab sekarang semua adik beradik aku badan kemain kuss semangat. Cuma aku je yg tak berapa nak berisi wlpn itu dalah dambaan mr. edy.

Pasal makan mmg sedari kecik arwah mak ajar kami adik beradik mkn ontime. Pagi, tghari dan malam wajib makan. Menu pagi kitaorang biasanya nasi goreng or bihun goreng or mee goreng or nasi lemak. Semua berat berat kan. Paling simple roti. Itu pun aku baham empat lima keping jugak sementara tunggu mkn tengahari. Hihi... Takut lapor.

Tengahari dn mlm wajib mkn nasi berlauk. Kami tak reti nk mkn spageetti carbonara ke, pizza ke, ayam kepci ke. Semua tu tak mengenyangkan perut. Klu mkn pn mesti nak cari nasi jugak lepas tu. Jadi tabiat mkn byk ni mmg aku tak boleh nk cover depan sesiapa pn termasuk mil. Rasanya my mil pn dh tahu menantu dia kuat mkn. Pantang di ajak mkn tak pernah menolak.

Sehingga kejadian semalam aku, sofea dn mr. edy mengalami cirit birit. Mana taknya kami mkn lauk dua hari lepas. Lauk tak habis mil perangatkan. Malangnya yg cirit birit hnya kami bertiga. My mil dn yg lain tak kena. Bila aku suarakan pasal kemungkinan kami cirit birit disebabkan makan mknn yg dh dua hari punya, terus mil ckp aku yang mkn byk kata pulak sebab mil bgi mknn yg lama.

Auwww i sentap dgr statement tu tau. Walaupun aku tahu mil tak bermaksud apa-apa. Cuma mgkin bergurau sekadar menceriakan suasana sahaja. Aku pun bkn nk terasa. Tapi hati kecil manusia sedikit sebyk ttp akan terasa juga kan...

What ever pun mil dh kenal sgt perangai menantu dia. Byk sgt mood. Kejap mood happy, kejap moody, kejap baik kejap masam. Patutnya me yg kena jaga perasaan mil kan. Bukan mil yg kena sentiasa nk jaga perasaan menantu.

Memang kata kata mil tu benar. Menantu dia ni kuat mkn. Pernah waktu sahur aku tambah dua pinggan nasi pepagi buta. Terkejut semua org dibuatnya tengok aku semangat nak sahur. Nak buat macam mana mil masak sedap. Sesedap arwah mak masak..

2 comments:

Momma AA said...

bestnyer azi.. makan makan x naik badan.. nak jugak camtu tp saya makan makan jadi daging n lemak kat badan ni.. haha..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

makan banyak badan xnaik syoq la hihihi

 
Copyright by Aziazidah