Petua penjagaan muka di rumah Part II

Nak sambung petua @ tips berjimat yang aku bagi sebelum ini. {klik here part I}.


Mendapatkan kulit wajah yang halus. 
Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus kemudian lumurkan pada muka selama kira-kira 20 minit. Setelah itu bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato berfungsi untuk membersihkan kulit muka.

Testimoni dari aku : yang ni aku dulu selalu buat. Now dah malas. Memang berkesan kalau diamalkan.


Menegangkan kulit
Ambil tepung ubi kayu dan timun. Timun dihancurkan dahulu sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Sapukan di muka dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh dengan air.

Yang ni aku tak pernah buat.


Menghilangkan jerawat 
Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbukan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada muka yang mengalami jerawat. seterusnya bersihkan muka dengan air bersih. Kesannya akan kelihatan jika diamalkan selalu.

Testimoni dari aku : {tambahan cara dari part I} yang dulu selalu aku wat guna kayu manis dan bedak sejuk jer. Mujarab cuma as aku cakap sebelum ni apa-apa pun kena consistent ye..


Mengelakkan kulit muka daripada cepat berkedut.
Bersihkan sebatang lobak merah kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.


Petua-petua yang melibatkan telur aku tak buat. Tak berkesan for me & rasa nak muntah letak telur kat muka.



Sumber : FOMCA



3 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salma Azi..terima kasih atas pengkongsiaan.Dulu k.atie rajin lumurkn rambut dgn air daun bunga raya(yg diramas)...rambut mmg lebat!.Skrg ni pokok bunga raya pon dah takdak :(

Kakzakie said...

Petua ni kalau rajin amalkan meamng berkesan Azi. Tapi kakak ni jenis malas tak terbuat semua tu.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tima kasih kak share petua ni

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY