13 March 2013

Sms-sms merepek

Aku pun tak pasti sejak bila, tapi dalam tempoh sebulan lebih 10x aku terima sms yang pelik-pelik. Bukan sms lucah tapi sms ajak kita join business diorang. Offer kita buat loan. Ajak kita ke seminar bagaimana cara meningkatkan penjualan sesuatu produk dan cara nak kembangkan business. Yang ni paling aku tak suka. Biasanya diorang hantar sms dalam pukul 2 3 pagi. Bukan sekali tapi sampai dua sms yang sama serentak. Hangin aku. Sedap-sedap tidur terjaga sebab dengar ada sms. Bila baca keluar ayat macam ni.....

RM0.00 Jemputan ke seminar PERCUMA, HOTTEST TREND in 2013! Rahsia peningkatan perniagaan anda anda sehingga 700% TERBONGKAR!! Ahad 17MAc'13 DePAlma Hotel Ampang 930am - 12pm. SMS nama dan bil peserta (no. h.p diorang


Maybe diorang dapat my hp dalam mudah atau kat my blogshop. Biasanya diorang sms guna nombor yang lima digit tu. Contoh nombor macam ni 63633, 66500.


Ada macam-macam versi sms lagi daripada individu yang berbeza. Aku dah tak ingat. Dah delete. Sms pasal nak beli barang yang aku jual pun ada. Guna no lima digit jugak.
Morning is your item on Mudah still available' reply me on my email (alamat email) Thanks and hope to hear from u soon. 


Kalau betul berminat nak beli kenapa tak guna real phone je. Pastu awat dia tak boleh nak email dulu kat aku ke kalau memang dia tak nak aku tahu number phone dia. Kat mudah bukan ke ada button yang membolehkan kita email terus kat advertiser tanpa tahu alamat email.


Korang pernah tak terima sms-sms macam ni...


5 comments:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

xpenah lg terima sms cam tuh

HazeL said...

xpernah pun...byk sms offer dari CELCOM je....hihihi

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Azi..mmg selalu dapat msj dr number2 camtu...k.atie delete jer.

Anonymous said...

Mcm mana nak stop dr terima mesej cmtu? Menyampah betul la.

aifam said...

RM0.00 THIEN SUK FUNG has made a IBG trf of RM200.00 to your account no XXXXXX5616 on 07Dec2016 10:23:26. Sms dr 63633

 
Copyright by Aziazidah