04 March 2013

Sofea ajar Talking Ginger menyanyi

Aku harap bila besar nanti sofea jadi cikgu. Bukan pe dulu masa kecik mak aku pun selalu suruh kitaorang adik beradik jadi cikgu. Katanya senang banyak masa. Kerja separuh hari je. Pastu cuti sekolah panjang. Budak sekolah cuti korang pun boleh cuti. Senang nak jaga anak. Gitulah gaya mak aku cakap. Tapi yang ngikut cakap mak aku abang aku sorang je. Yang lain keje gomen jugak tapi bidang lainlah kecuali adik aku. Sebab tak pas interview...

Kenapa aku nak suruh sofea jadi cikgu?.  Sebab aku tengok sofea pandai mengajar hakeem dan talking ginger. Apa yang aku ajar kat sofea mesti sofea pergi ajar kat hakeem. Pastu siap ada cakap macam tu la bila adik dia berjaya buat apa yang dia suruh... Kira nak bagitau kat anak murid,  diorang dah berjaya buat seperti yang di ajar. hihihi


Macam malam lepas aku download talking ginger tu beria sofea duk ajar talking ginger nyanyi lagu ABC dan lagu sayang ibu. Masa nyanyi lagu ABC, sofea nyanyi A B C D E F G, pastu stop. Pas talking ginger nyanyi, baru sofea sambung lagi sikit-sikit huruf ABC sampai habis. Pandai betul dia duk mengajar..

Kemudian sofea ajar talking ginger nyanyi lagu sayang ibu pulak. Sebaris habis sofea nyanyi, talking ginger pulak nyanyi....


Dua-dua saya sayang hakeem
Dua-dua saya sayang mama
Dua-dua saya sayang papa
Dua-dua saya sayang abang
Dua-dua saya sayang kawan papa




*Tak ada satu, dua sesaja :)*

Nampak tak betapa sofea amat menyayangi ahli keluarga dan sedara terdekat. Kalau nak tahu abang yang sofea maksudkan tu pekerja mr. edy. Dan kawan mr. edy pulak memang selalu datang rumah. Tu yang sofea kenal dan sayang kat semua kawan2 mr. edy. 

*aku rasa jadi cikgu sekarang cabarannya berat.



 
Copyright by Aziazidah