19 March 2013

Sofea yang baik hati

Sofea sofea sofea... Cerita hakeem mana? Ala hakeem baik sangat. Tak banyak yang nak diceritakan. Asyik duk berkepit dengan maknye aje. Manja terlebih-lebih. Macam mana nak tinggal nursery ni sayang oiii...

Bukan macam sofea. Very independent. Campak kat mana pun tak pe. Sekejap je dapat kawan. Kalau hakeem kita bawak pi playground tunggu setengah baru nak mula main. Tak ditarik dek kakaknye tak mainlah dia.

Macam malam jumaat lepas, we all *mr. edy tak de* melepak kat playground giant putra height. Kalau nak tahu tempat tu je aku reti nak bawak bebudak nih. Nak drive lebih-lebih tak berani. Lebih-lebih lagi time mr. edy tengah travel. Buatnya jadi apa-apa sape nak tolong.

Apa-apa hal sebelum main kat playground kena sediakan makanan dan minuman. Lepas main confirm diorang lapar. Nanti tak sempat beli makanan mula mengamuk masing-masing. Tak menyabar. Beli dua buku roti gardenia hat 70sen tu, biskut chipmore paket kecik dan air mineral sebotol cukup. Tak dan masuk giant sebuku roti dan separuh biskut chipmore habis dah di ngap diorang. Lapo agaknya tak makan nasi.

Sampai kat playground sofea macam burung lepas sangkar. Merata pi cari kawan. Tapi selalu bukan semua orang kat playground tu nak kawan dengan dia. Diorang lebih suka main dengan adik beradik sendiri.. Lucky hari tu ada dua beradik boy and girl nak main dengan sofea. Kemain suka lagi sofea.

Bila dah penat main baru cari mintak makanan. Masa bagi biskut tu ada sofea cakap mama boleh tak nak main bahagi-bahagi. Memula aku tak faham. Last-last baru faham sofea nak share biskut dengan kawan-kawan dia.

Sebab biskut tinggal separuh dapatlah sorang merasa tiga keping. Masa nak agihkan kepingan yang terakhir tu datang lagi sorang budak. Mengendeng-ngendeng. Tapi biskut dah habis. Aku cakaplah kat budak tu tak dapatlah nak bagi biskut, biskut dah habis. Nasib budak tu okey .

Tapi sofea balas mama dia nak roti. Ni mesti sofea tahu dalam plastik ada sebuku roti 70sen tu. Aku jawab dah habis dah. tak dapat nak bagi. Kalau bagi roti, camna nak bahagi lima orang roti yang kecik tu.

Sebabkan kawan dia yang sorang ni tak dapat makan, sofea yang baik hati tu patahkan jadi dua biskut yang ada kat tangan dan bagi kat budak yang tak dapat tadi. Pastu separuh lagi biskut yang balance, sofea patahkan lagi jadi suku dan bagi pulak dengan kawan yang dah dapat biskut tadi tapi dah habis makan. Jadi yang tinggal kat sofea hanya suku.

Bagus betulkan anak aku. Berhati mulia. Rela berkorban demi kawan-kawan. Semoga berkekalanlah sikap yang baik ni sampai kebesar.

Tapi kenapa bila mama atau hakeem mintak kamu tak mau kasi? Tak fairlah kamu ni sofea.....



3 comments:

IntaNBerliaN said...

ololooo baiknya sofea.. :) tp nape kt mama n adik xbg plak ni.. hihi

Myra Jay said...

Good girl Sofea :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mulia sungguh sofea ni...semoga sikap mcm tu terus smpai besar :-)

 
Copyright by Aziazidah