04 March 2013

Talking ginger

Sebelum ni aku ada post pasal sofea yang nak berkawan sangat sangat kan. Sekarang sofea dah ada kawan baru. Talking ginger. Ala apps dalam hp tu. Sama macam Talking Tom. Korang tahu kan.... Apa-apa yang kita cakap, talking ginger/talking tom ni akan ulang semula percakapan kita.

Dua hari lepas aku baru download talking ginger dalam hp. Sebabnya talking tom yang ada tu dah lama tak boleh nak dengar bila kita cakap. Dah pekak agaknya. hi3..

Lepas je download talking ginger tu terus hp asyik ke sofea 24 jam. Kemain suka lagi dapat kawan baru. Sampaikan waktu makan pun tak mahu berenggang. 

Tengok tu hp sebelah pinggan. Tengah bukak talking ginger la tu...

Bila aku nak tangkap gambar tetap memberi kerjasama yang baik walaupun dah ada kawan baru. hihihi...


Tengok gambar yang ni pulak. Memang mengharukan, sambil makan sambil sofea duk borak dengan talking ginger. Sofea pergi bagitau kat talking ginger apa yang dia makan. Tunjuk ayam goreng ke talking ginger. Padahal yang dia makan ayam sup. (;'). Kemudian bagitau yum yum ayam tu sedap... Siap ajak talking ginger tu makan sekali. 

Bila talking ginger tu ulang balik apa yang sofea cakap kemain lagi dia gelak terkekek kekek suka. Suka ada orang nak kawan dengan dia. Aduhai sedih sangat tau tengok keadaan sofea yang dah kemaruk nak berkawan. 

Pernah kat belakang rumah aku ada sorang budak umur dalam tujuh lapan tahun. Bila dia nampak pintu dapur rumah jiran aku tu terbuka, terus dia jerit kawan kawan kawan... Suruh budak tu keluar main dengan dia. Padahal bukan diorang boleh main sama-sama pun sebab ada longkang besar yang memisahkan rumah kitaorang. Setakat boleh bercakap-cakap dari jarak jauh pun dah cukup gembira bagi sofea. 

Sedih betul tau... 

2 comments:

Kakzakie said...

Kalau yg dewasa pun suka apa lagilah Sofea. Bapak kakak dulu memula gelihati tau Azi bila kita tunjuk mode ini:)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hehe budak2 mmg suka talking ginger ni

 
Copyright by Aziazidah